JAWAPAN RAFIZI KEPADA SURAT TUNJUK SEBAB PKR
Saya telah menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR.
Imbasannya begini:
PKR cuba menafsirkan kenyataan bahawa saya berhasrat untuk bertanding di kerusi parlimen Pandan dalam PRU16 tetapi bukan atas tiket PKR, sebagai satu pengisytiharan keluar parti yang menggugurkan kedudukan saya sebagai ahli parlimen dan mengosongkan kerusi parlimen Pandan.
Jawapan saya adalah seperti berikut:
SURAT TUNJUK SEBAB
Saya merujuk kepada satu surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh pihak Saudari bertarikh 23 Februari 2026, dengan rujukan SUA2026/AG/STS/001.
2. Temu ramah saya dengan Sin Chew Daily, seperti yang dirujuk di dalam surat tunjuk sebab itu, mempunyai maksud seperti yang boleh difahami oleh sesiapa yang mempunyai penguasaan bahasa Melayu yang baik.
3. Kenyataan-kenyataan saya di dalam temu ramah itu mempunyai maksud berikut:
(i) Saya akan kekal sebagai anggota KEADILAN dan berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Pandan sehinggalah parlimen dibubarkan bagi tujuan Pilihanraya Umum ke-16; dan
(ii) Saya berhak mempunyai perancangan sendiri selepas parlimen dibubarkan dan tidak lagi terikat dengan peruntukan bersabit pertukaran parti oleh ahli parlimen di tengah-tengah penggal.
4. Oleh itu, sekiranya kenyataan-kenyataan itu difahami mengikut pemahaman bahasa Melayu yang waras, ia tidak memerlukan tafsiran-tafsiran yang merumitkan seperti yang cuba diajukan di dalam surat tunjuk sebab tersebut.
RAFIZI RAMLI
28 Februari 2026.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1226538696135914&id=100063393840098
No comments:
Post a Comment