KUALA LUMPUR – Ahmad Maslan menegaskan bahawa kerajaan sedia ada akan terus kekal stabil walaupun UMNO mengambil keputusan untuk keluar daripada gabungan kerajaan.
Menurut beliau, kedudukan kerajaan tidak bergantung sepenuhnya kepada UMNO kerana ia dibentuk hasil kerjasama beberapa parti, justeru pentadbiran negara masih mampu berjalan seperti biasa.
Beliau berkata, UMNO juga tidak akan memperoleh sebarang manfaat sekiranya memilih untuk menjadi pembangkang.
“Tiada faedah menjadi pembangkang, walau satu sen pun tiada faedah,” katanya.

No comments:
Post a Comment