AMANAH mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan oleh tentera Amerika Syarikat di Caracas, Venezuela yang membawa kepada penculikan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro ke wilayah Amerika Syarikat.
Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, tindakan ini merupakan pencabulan terhadap kedaulatan sesebuah negara malah bertentangan dengan Piagam PBB.
“Pencerobohan ke atas Venezuela ini juga menyerlahkan sikap Amerika Syarikat yang mengamalkan pemerintahan “Barbarian” dan tidak bertamadun.
“AMANAH yakin rejim Amerika Syarikat ini akan runtuh dengan kebangkitan rakyat yang menolak kezaliman dan penindasan ekoran tindakan “Barbaric” ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Oleh yang demikian, AMANAH menyeru kepada masyarakat dunia untuk mengutuk pencabulan kedaulatan ini bagi memastikan Amerika Syarikat dan sekutunya tidak lagi sewenang-wenangnya mencabuli kedaulatan negara lain.
AMANAH juga bersolidariti bersama-sama rakyat Venezuela dalam menentang sebarang bentuk imperialisme oleh Amerika Syarikat terhadap negara tersebut.
No comments:
Post a Comment