APA PUN TINDAKAN AKHMAL, KITA NAK LIHAT SEJAUH MANA UMNO BOLEH JADI KUAT BILA DENGAN PAS. BANYAK KALI DAH AKU KATA..MANA MANA PARTI YANG BERSAMA PAS..AKAN MELINGUP. PERCAYA LAH KATA AKU.



Ada tangan ghaib di belakang tindakan Akmal, penganalisis


 

Tindakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Mohamad Akmal Saleh yang menganjurkan konvensyen serta mendesak pembentukan semula Muafakat Nasional (MN) disifatkan tidak mempunyai hala tuju jelas dan berkemungkinan digerakkan oleh agenda tersembunyi.

Penganalisis politik, Mohd Sayuti Omar berkata, Akmal dipercayai sedar bahawa konvensyen yang dianjurkan itu tidak akan menghasilkan sebarang penyelesaian konkrit.

“Saya kira Akmal Salleh tahu konvensyen yang dianjurnya tidak ke mana. Solusi yang dicapai juga tidak ke mana,” katanya dalam satu kenyataan.



Beliau menyifatkan usaha untuk menghidupkan semula MN 2.0 sebagai tindakan sia-sia dan tidak realistik, memandangkan realiti politik semasa yang sudah banyak berubah.


“Dia tahu untuk memwujudkan MN 2.0 sebagai usaha mengheret kuda ke laut dan paksanya minum. Kerja bodoh dan sia sia,” ujarnya.

Sehubungan itu, Mohd Sayuti berpendapat desakan berterusan Akmal bukan bertujuan sebenar untuk membina gabungan politik yang berdaya maju.


Sebaliknya, kata beliau, mempunyai agenda lain, khususnya untuk memberi tekanan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


“Dia seperti mahu menekan presiden UMNO. Sambil mencari populariti, dia ganggu psikologi Zahid,” katanya.

Malah, Mohd Sayuti turut membangkitkan kemungkinan wujud campur tangan pihak tertentu yang menggerakkan tindakan Akmal dari belakang tabir.


“Dalam hal ini saya fikir ada tangan tokoh ghaib yang merangsangnya. Siapa?” katanya, tanpa menyebut identiti pihak berkenaan.




No comments: