
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Himpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta Perutusan Tahun Baharu 2026 di Putrajaya pada 5 Januari 2026.
PUTRAJAYA, 5 Jan – Kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, RUU itu antara langkah reformasi institusi yang dilaksanakan kerajaan sebagai antara hala tuju pada sesi Parlimen tahun ini.
“Semua orang ada had tempohnya, KSN (Ketua Setiausaha Negara) tak boleh sampai puluh tahun, juga terpakai untuk semua kerana kalau diberikan tempoh, dan dalam tempoh itu mampu melaksanakan, selepas itu elok kita serahkan kepada generasi berikutnya.

“Ini juga terpakai kepada Jabatan Perdana Menteri, maka kita akan membentangkan RUU mengehadkan tempoh bagi jawatan Perdana Menteri tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat Tahun 2026 pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.
No comments:
Post a Comment