Zambry jawab gesaan Akmal Saleh tarik diri dari Kerajaan Perpaduan


 


Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari menjawab gesaan dibangkitkan pemuda UMNO supaya parti itu menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan.

Zambry ketika ditemui media berkata, gesaan itu hanyalah cadangan pemuda sahaja.



Kata beliau, apa jua keputusan perlu terlebih dahulu dibawa kepada pertimbangan Majlis Kerja Tertinggi UMNO.


“Itu pandangan Pemuda sahajalah. Sepertimana yang disebut oleh Ketua Pemuda semalam pun, apa pun sebarang pandangan itu akan diserahkan kepada Majlis Tertinggi,” katanya hari ini.


Semalam, Akmal Saleh menggesa agar satu ketetapan dibuat dalam konvensyen sayap parti supaya UMNO menarik diri daripada kerajaan Perpaduan.


Katanya, keputusan tersebut perlu dibuat secara kolektif dan berprinsip demi menjaga maruah dan hala tuju parti, khususnya dalam memperjuangkan kepentingan orang Melayu serta Islam.





No comments: