Jamzuri Ardani
Saya fikir jika BN bergerak solo dalam PRU16, parti itu akan dapat memenangi semula banyak kerusi yang mereka kalah dari PN terutamanya kerusi yang sekarang dimenangi Bersatu.
Itu pun jika PN masih wujud dalam PRU16 nanti. Jika PN terbubar akibat krisis dalaman PN, peluang untuk BN menguasai semula pentadbiran negara agak cerah.
Saya percaya jika Bersatu berpecah, sebahagian besar pimpinan dan ahli Bersatu akan kembali kepada Umno.
Saya dimaklumkan ini adalah antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan antara tokoh pemimpin tertentu di dalam Bersatu dan Umno di Bangkok bulan lepas.
PH pula berhadapan dengan situasi yang agak sukar. Walaupun tahap kepuasan rakyat terhadap prestasi Kerajaan Perpaduan berada ditahap yang baik, kajian lapangan menggambarkan pengkalan sokongan undi terhadap PH agak menguncup.
Pelbagai inisiatif yang baik oleh kerajaan madani masih belum dianggap boleh meraih undi buat PH.
Ketika Umno dilihat bijak menggunakan kedudukan mereka di dalam kerajaan untuk mengukuhkan sokongan dan kedudukan parti, situasi yang sama tidak berlaku kepada parti-parti komponen PH. Hubungan pemimpin dengan ahli-ahli dan jentera di peringkat akar umbi semakin renggang. Banyak isu-isu dalaman parti tidak diambil tindakan yang sewajarnya dan semakin melemahkan parti. Komunikasi dan gerakan media parti politik hampir tidak wujud.
PH ada masa sekitar dua tahun untuk memperbaiki keadaan ini.
No comments:
Post a Comment