BN BERGERAK SOLO DALAM PRU 16?


Che Ibrahim


Kecenderungan dan bisik bisik politik hari ini seakan mengesahkan UMNO dan BN akan bergerak solo dalam PRU 16 tanpa mengenepikan keperluan mengadakan persefahaman dengan parti politik lain. 







Umum mengetahui gabungan politik yang dominan hari ini ialah PH, PN dan BN selain GPS dan GRS di Sarawak dan Sabah.  Namun begitu bukan mustahil menjelang PRU 16 akan muncul beberapa gabungan politik baru. 


BN sendiri belum tentu kewujudannya masih kekal jika MCA dan MIC mengambil keputusan meninggalkan BN, apalagi PN yang dilihat sedang berada di kemuncak krisis. Adakah PN bakal terbubar menjelang PRU 16, lalu Pas atau Bersatu membentuk gabungan politik baru?


Perkara yang paling mencabar dalam setiap kerjasama politik ialah agihan kerusi. Jika ditakdirkan BN memutuskan bergerak solo dengan mengekalkan kerjasama dengan PH seperti yang berlaku dalam Kerajaan Madani hari ini, BN mungkin tidak berhadapan masalah besar dalam menyelesaikan formula agihan kerusi kerana PH lebih menguasai di kawasan majoriti pengundi bukan melayu dan campuran. 


Kemungkinan berlakunya pertindihan atau perebutan kerusi akibat tidak ada titik penyelesaian agihan kerusi antara PH dengan BN mungkin hanya akan berlaku di beberapa kerusi campuran. 


BN barangkali dengan rela hati menyerahkan kawasan majoriti bukan melayu kepada PH sebagaimana PH barangkali dengan suci hati melepaskan kawasan tradisional melayu kepada BN...itu andaian sekiranya BN memilih untuk bekerjasama dengan PH.


Sebaliknya jika BN memilih untuk bekerjasama dengan PN sebagai satu resepi baru politik melayu, BN dan PN dijangka bukan sahaja akan berhadapan dengan masalah untuk menentang PH di kawasan majoriti bukan melayu dan campuran, bahkan BN akan melalui laluan yang rumit untuk mencari formula agihan kerusi dengan PN. 


Di Kawasan bukan melayu, BN dan PN mungkin boleh serahkan kepada MCA, MIC dan Gerakan untuk berhadapan dengan PH terutama di kawasan kawasan yang ditandingi oleh Dap, tetapi bagaimana pula di kawasan melayu?... Bersediakah PN menyerahkan kerusi kerusi yang PN telah menang jika dituntut oleh UMNO/BN?? 


Dengan hanya bermodalkan 30 kerusi menang yang BN ada , bersediakah PN menyerah lebih banyak kerusi di kawasan majoriti melayu untuk ditandingi oleh BN atau PN menyerahkan semua kerusi kerusi bukan melayu yang sekarang dimenangi oleh Dap/PH untuk ditanding oleh BN?

PN pula kekal menguasai kerusi kerusi melayu yang mereka telah menangi sebanyak 73 kerusi.




No comments: