Ini ialah projek bernilai RM1.5 bilion di bawah Kementerian Dalam Negeri @ DS Saifudin Nasution.





Dulu asalnya projek ini ialah projek tebatan banjir bawah kementerian MEWA di zaman PN.


Namun selepas Madani ambil alih dan buat review semula mendapati banyak tatakelaut yang mencurigakan, salah satunya ialah Menteri PAS masa tu telah beri kontrak tebatan banjir secara rundingan terus kepada sebuah syarikat yang sedang ada kes rasuah di mahkamah.


Walaupun alasan beri kontrak secara rundingan terus kononnya kerana "keperluan mendesak", maka apa keperluan mendesak Menteri PAS  beri kontrak tu kepada syarikat yang sedang ada kes rasuah di mahkamah?


Pendedahan mengenai tatakelaut Menteri PAS telah dibongkarkan oleh YB Rafizi, dan selepas itu Menteri PAS saman YB Rafizi kononnya difitnah.


Tapi seperti biasa, saman oleh Menteri PAS berhenti sekerat jalan dan saman telah ditarik balik.


Dipendekkan cerita, Madani telah review projek tersebut dan akhirnya putuskan untuk jadikan tembok dwi-fungsi atau 'dua dalam satu'.


Iaitu tembok untuk halang banjir, dan juga untuk halang penyeludupan dadah, senjata serta pemerdagangan manusia.


Kenapa PAS tak bantah projek ni?


Sebabnya PAS pun tak tahu nak bantah pasal apa.


Nak bantah isu teknikal pun haram tak tahu apa-apa.


Biasanya setiap projek bernilai bilion akan mendapat perhatian pembangkang untuk jadi check and balance.


Tapi setakat ni apa pun takde. Kelu membisu bagaikan tak tahu apa-apa nak bangkang.


Yang ada ialah seperti biasa PAS hanya mampu main isu permusuhan kaum dan agama, di samping bermusuhan dengan rakan PN sendiri.


Memang PN pembangkang paling tak guna dalam sejarah politik negara.


Tahniah kepada PMX dan YBM Menteri KDN Saifudin Nasution, semoga projek ni berjalan lancar.


:)


No comments: