BARU JANTAN. KAU KO KELUAR UMNO LAGI BAGUS



 PERLETAKAN JAWATAN DR AKMAL PETUNJUK KERJASAMA UMNO DAN PAS MASIH LAGI TERBUKA


15 January 2026


Teka-teki mengenai kedudukan Dr Akmal Saleh akhirnya terjawab hari ini.


Beliau mengumumkan perletakan jawtaannya sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka, tetapi masih kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.


Kenapa Dr Akmal hanya letak jawatan Exco,  tetapi tidak berhenti sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia?


Beliau menjadikan alasan tidak setuju dengan DAP sebagai sebab keputusannya itu, meskipun akur dengan keputusan UMNO untuk kekal bersama kerajaan perpaduan sehingga habis penggal.


Katanya, meskipun beliau sebelum ini lantang menyuarakan kebimbangan terhadap kerjasama UMNO dengan DAP, beliau tetap menghormati keputusan parti untuk kekal dalam kerajaan perpaduan.


“Jawatan tak penting, yang penting suara akar umbi dan maruah. 


“Saya ada maruah — kamu ada maruah atau tidak?” katanya dalam nada tegas, dipercayai ditujukan kepada DAP yang turut berada dalam kerajaan negeri Melaka.


Meskipun UMNO/BN memenangi PRN Melaka pada 2021 secara solo, tetapi selepas kerajaan perpaduan dibentuk di pusat pada 2022, kerajaan negeri turut mengambil langkah yang sama.


Sebab itu, Dr Akmal melontarkan kata-kepada DAP – kamu ada maruah atau tidak?


Realitinya, jika beliau berani meletakkan jawatan, DAP yang sekadar dijemput kemudian untuk menyertai kerajaan tentulah lebih tiada masalah berbuat demikian.


Kita tunggulah apa respon dan tindakbalas DAP selepas ini.


Dalam pada itu, Dr Akmal turut memberi amaran kepada pihak yang didakwanya sering ‘menekan’ Ketua Menteri, Ab Rauf Jusoh bahawa ketiadaannya dalam barisan Exco tidak akan melemahkan perjuangannya.


“Bila saya tiada dalam exco, saya akan lawan habis-habisan,” katanya sambil menegaskan langkah melepaskan jawatan itu bertujuan membolehkannya menentang DAP tanpa terikat dengan keputusan kerajaan negeri.


Apa yang dapat disimpulkan ialah asas perletakan jawatan Dr Akmal ialah tidak bersetuju, ingin menentang dan akan terus berjuang menentang DAP.


Ertinya, setelah meletak jawatan sebagai Exco, tetapi masih kekal memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO, beliau akan lebih lantang bersuara menolak DAP selepas ini.


Jika kita masih ingat, Dr Akmal sebelum ini menyuarakan gesaan agar UMNO keluar daripada kerajaan perpaduan dan menjalin kerjasama dengan PAS.


Perkara itu turut disuarakan dalam konvensyen khas anjuran Pemuda UMNO sehingga Zahid Hamidi, selepas mengadakan mesyuarat Biro Politik UMNO, membuat ketetapan parti itu akan kekal bersama kerajaan perpaduan sehingga habis penggal.


Apa yang nyata, pendirian Dr Akmal meletak jawatan dan ingin menentang DAP adalah bersamaan dan selari dengan hasratnya agar UMNO kembali menghidupkan MN bersama PAS.


Makna kata, meskipun Dr Akmal akur dengan keputusan UMNO kekal dalam kerajaan perpaduan, tetapi dengan meletakkan jawatan sebagai Exco dan ingin menentang DAP, maksud lainnya ialah ruang beliau membawa suara Pemuda sebagai tenaga pendesak bagi membawa UMNO  bekerjasama dengan PAS melalui MN masih lagi terbuka.


Apabila menentang DAP, ia mirip ke arah mahu MN dan apabila mahu MN, ia sah untuk menolak DAP.


Dr Akmal malah selepas ini, mempunyai lebih kebebasan dan banyak masa untuk terus menyerang DAP dan membangkitkan kesedaran ahli parti berkaitan kerjasama dengan parti dikuasai masyarakat Cina itu.


Senang cerita, dengan siapa UMNO akan bekerjasama pada PRU16 akan datang  adalah sentiasa terbuka dan pintu untuk PAS belum lagi tertutup.


Pintu untuk MN hanya boleh dianggap tertutup jika Dr Akmal turut meletak jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO yang bermakna tiada lagi suara menentang DAP serta mahu kepada MN ada dalam UMNO. – ShahbudinHusin 15Januari2026.


https://shahbudindotcom.net/2026/01/perletakan-jawatan-dr-akmal-petunjuk-kerjasama-umno-dan-pas-masih-lagi-terbuka/



No comments: