Syam Ghaz
Kita mesti elakkan budaya kerja hanya kerana isu viral. Ia membawa banyak persepsi. Sebab itu saya menegur agar disiplin kerja pentadbir sekolah, PPD dan JPN mesti berubah.
Mesti pantas dan tangkas. Mesti jelas dan responsif kepada aduan rakyat. Jangan bekerja seperti "business as usual" tetapi harus lebih cekap dalam mengurus persepsi dan keperluan masyarakat.
Isu sekolah padat yang dihadapi oleh anak-anak di SMK Bandar Seri Putra pastinya memberi kesan kepada isu keselesaan dan keberkesanan sesi pembelajaran.
Saya turun sendiri untuk meninjau keadaan sekolah dan melakukan perbincangan dengan pentadbir sekolah dan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Turut hadir adalah pasukan JKR dan bahagian Pembangunan KPM.
Untuk penyelesaian jangka pendek dan sederhana, KPM akan membina 10 bilik darjah tambahan menggunakan kaedah sistem binaan berindustri (IBS). Pembinaan bilik darjah tambahan menggunakan kaedah IBS telah terbukti efektif kerana ia dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat.
Pada ketika ini KPM turut merancang pembinaan bangunan tambahan dua tingkat menggunakan kaedah IBS di SMK Bandar Seri Putra.
Ada beberapa sekolah lagi sedang dalam pembinaan yang akan disiapkan dengan segera untuk menangani isu sekolah padat ini di masa hadapan.
#MADANIBekerja



No comments:
Post a Comment