✍️ Ahmad Mursi
1. Semalam Dr Zuhdi (Bekas Think Tank PAS) kata, Pengerusi PN mesti dilantik sama ada Haji Hadi atau Tuan Ibrahim, selari dengan resolusi Muktamar PAS yang mengangkat doktrin “Kepimpinan Ulama”.
2. Katanya lagi, ikut konvensyen, orang yang jadi Pengerusi PN itulah juga yang sepatutnya jadi PM jika PN menang.
3. Inilah kali pertama doktrin “Kepimpinan Ulama” benar-benar diuji sejak ia diperkenalkan pada tahun 1982 yang sebabkan Asri Muda, presiden PAS yang bukan ulama, disisihkan.
4. Persoalannya mudah: Adakah doktrin ini penyelesaian praktikal, atau sekadar retorik agama PAS?
5. Adakah ia benar-benar boleh memimpin negara, atau itu hanyalah tunggangan ustaz PAS untuk merebut jawatan dan menyingkirkan bukan ulama — seperti yang berlaku kepada Dr Zuhdi, Hj Asri pada 1982, dan krisis “geng Jebon” 2015?
6. Lebih penting, selari ke doktrin ini dengan Siyasah Syar‘iyyah? kerana Islam tak letak syarat “ulama mesti memimpin”. Yang ditekankan ialah Qawiyul Amin — kompeten dan amanah — seperti isyarat Surah al-Qasas ayat 26.
7. Kalau tak kompeten, tapi hanya bermodalkan serban dan jubah, itu bukan kepimpinan Islam, itu kepimpinan yang menunggang agama.
8. Soalan seterusnya lebih pedih: Kenapa selepas 45 tahun melaungkan “ulama memimpin”, bila tiba masa sebenar untuk memimpin PN atau dicalonkan sebagai PM, Ulama PAS menyorok?
9. Walhal PAS paling banyak kerusi, tapi pilih Muhyiddin sebagai PM. Haji Hadi menyorok jadi Duta Khas.
10. Akan sampai satu masa, PAS akan sedar, doktrin yang mereka sangkakan rahmat untuk umat Islam, sebenarnya bencana dan bala'.
11. Hakikatnya, dalam PAS wujud satu 'unwritten law': ustaz kasta atasan, profesional kasta bawahan. Yang profesional tugasnya ikut, bukan menentukan dan tidak layak jadi Ahli Majlis Syura.
12. Baru-baru ini Haji Hadi menulis, menyenaraikan nama-nama ulama besar seperti Ibn Qayyim, Imam Syafi‘i, Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Ahmad, Sa‘id bin Jubayr — seolah-olah ujian dan cabaran terhadap mereka sama dengan yang dihadapi “ulama PAS” hari ini.
13. Ironinya, semua tokoh yang disebutkan tak pernah berebut jawatan politik. Mereka jadi pendidik, qadi, penasihat dan pengkritik pemerintah.
14. Mereka menjaga jarak dengan kuasa, bukan memusatkan kuasa kepada diri mereka atas nama agama. Sebab itu ilmu mereka kekal dihormati hingga hari ini.
15. Akhirnya, aku lihat lontaran Dr Zuhdi ini sebenarnya hanyalah sindiran supaya agamawan PAS bermuhasabah: betul ke “Kepimpinan Ulama” ini ajaran Islam, atau sekadar doktrin parti yang ditunggang ustaz² PAS?

No comments:
Post a Comment