KALAU BAGI PELUANG... SAHIH MELINGKUP.. PAS NI CAKAP PANDAI...



 BERI PELUANG PAS BUKTI KEMAMPUAN TERAJUI PN 



Berdasarkan surat Presiden PAS kepada Timbalan-Timbalan Pengerusi dan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi PN agar diadakan mesyuarat dengan segera, adalah jelas tujuannya ialah agar perletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi dapat diterima oleh gabungan itu.


Selain menerima perletakan jawatan Muhyiddin, panggilan tergempar mesyuarat PN oleh Haji Hadi Awang juga perlu diadakan dengan maksud bagi melantik pengerusi baru gabungan itu.


Di samping itu, dalam suratnya itu, Haji Hadi bagi pihak PAS turut menerima perletakan jawatan Muhyiddin dan merakamkan seringgi-setinggi penghargaan atas khidmat Presiden Bersatu itu sepanjang menerajui PN.


Ini sekaligus bermakna, isu perletakan jawatan Muhyiddin adalah isu yang sudah diterima dan dianggap selesai oleh PAS, cuma ia perlu disahkan oleh mesyuarat PN bagi keabsahannya.


Seterusnya, perlantikan Pengerusi PN yang baru hendaklah segera diputuskan dalam mesyuarat PN yang sama.


Berikutan surat Haji Hadi itu, tidak dipastikan  bila mesyuarat PN akan diadakan, namun ada sumber yang memberitahu ia akan diadakan malam ini (Ahad 11 Januari 2026).


Berdasarkan perkembangan ini, PAS sebenarnya begitu mengambil berat tentang kedudukan PN dan mahu isu perletakan jawatan dan pengganti Muhyiddin diselesaikan dengan segera.


Memandangkan Haji Hadi sebelum ini telah mengarahkan Ahmad Samsuri Mokhtar mengunjungi Muhyiddin, tersebar laporan bahawa Menteri Besar Terengganu itu adalah calon yang bakal diketengahkan sebagai Pengerusi PN yang baru.


Apa yang penting, isu peneraju PN ini perlu diselesaikan dengan segera dan dengan sebaik mungkin agar dalam keadaan UMNO bermasalah dan PKR berpecah ketika ini, gabungan itu dapat terus mara mencipta kejayaan.


Turut perlu dipastikan ialah agar Bersatu terus kekal bersama  PN kerana parti itu pun dipercayai tidak mampu bersendirian menghadapi PRU16 akan datang.


Oleh sebab itu, Bersatu tidak perlu terlalu terlalu emosi dengan perletakan jawatan Muhyiddin, sebaliknya mesti kekal bersama PN untuk mencipta kejayaan bersama.


Tanpa Muhyiddin sebagai Pengerusi PN tidak bermakna Bersatu tidak boleh terus maju dan mencipta kemenangan sebagaimana diperolehi pada PRU15 yang lalu.


Malah, terus bersama PN adalah pilihan yang terbaik buat Bersatu kerana PAS sebagai komponen terbesar dalam gabungan itu memiliki jentera akar umbi yang kukuh jika pilihan raya diadakan.


Cuma, bagi mendepani PRU16 akan datang, PAS harus diberi peluang membuktikan kemampuan sebagai parti yang selama ini mempunyai jumlah Ahli Parlimen dan Adun paling ramai sekali berbanding semua parti yang ada di negara ini.


Sudah sampai masanya PAS memimpin perubahan bagi negara ini dan sebagaimana terbukti di Kelantan, Terengganu dan Kedah yang lebih dulu dipimpin PAS, orang bukan Islam tidak harus ada sedikit pun rasa curiga atau kebimbangan terhadap parti itu.


PAS yang memperjuangkan Islam memberi jaminan akan berlaku adil kepada semua. - ShahbudinHusin 11Januari2026.


https://shahbudindotcom.net/2026/01/beri-peluang-pas-bukti-kemampuan-terajui-pn/




No comments: