✍️ Ahmad Mursi
Hari ni Haji Hadi kata, lantikan Pengerusi PN baru ditangguh lagi.
Seruan “gagah perkasa” agar PAS mengetuai PN tiba-tiba menjadi lembik walaupun ada 4 lori calon.
Asalnya, desakan PAS bukan semata-mata mahu mengetuai gabungan, tetapi nak gantikan Muhyiddin dengan Hamzah.
Untuk bypass Muhyiddin, sebelum ini, PAS dah namakan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang, PAS juga cadangkan Hamzah dilantik ketua operasi PN.
Bila Muhyiddin umum letak jawatan, dia telah tinggalkan perangkap halus.
Pertama, Muhyiddin tegaskan: mana-mana pemimpin BERSATU yang mengambil jawatan Pengerusi PN akan terhenti keahlian parti. Langkah ini menutup terus laluan Hamzah.
Kedua, secara natural, jawatan itu sepatutnya dipegang oleh Presiden PAS, Haji Hadi.
Namun faktor keuzuran menjadikan keadaan serba janggal — dan PAS kelihatan mula teragak-agak.
Dulu mendesak, bila peluang benar-benar terbuka, PAS pula tidak bersedia.
Tidak munasabah apabila semua Timbalan Pengerusi PN terdiri daripada Presiden parti komponen, tetapi jawatan Pengerusi pula PAS cadangkan daripada ranking bawahan.
Apabila Samsuri dihantar berjumpa Muhyiddin, ramai mentafsirkan ia sebagai usaha menutup malu dan memujuk.
Namun Muhyiddin kekal dengan keputusannya.
Sanusi pula mendakwa, peletakan jawatan itu belum sah kerana belum disahkan dalam mesyuarat.
Dalam masa yang sama, timbul ura-ura Hashim Jasin bakal digugurkan sebagai Murshidul Am dan Haji Hadi ganti.
Pemangku Presiden PAS akan dilantik sebagai Pengerusi PN dan ‘poster boy’.
Masalahnya, langkah ini membuka isu yang lebih besar.
Apabila PAS berada di barisan hadapan, imej parti ekstrem menjadi wajah utama PN, fungsi BERSATU sebagai penampan imej sederhana akan hilang.
Ini menakutkan pengundi bukan Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Malah jika PN menang sekalipun,
Perdana Menteri daripada parti yang dilabel ekstrem akan menarik perhatian negatif pemimpin dunia, dan pelabur akan lebih berhati-hati.
Masalah kedua ialah dana.
Ketika Muhyiddin menjadi Pengerusi, dana besar tersedia diagihkan kepada jentera, termasuk PAS.
Kesannya, dia kini berdepan dakwaan melibatkan RM232 juta berkait Jana Wibawa dan RM195 juta AMLA.
Soalnya, jika PAS mengetuai PN, siapa pula yang akan menanggung dana?
Adakah kutipan ‘tin Milo’ mampu mengumpul RM400–500 juta? Pemimpin PAS dah ready ke 'safe house' seperti pemimpin BERSATU lain?
Hakikatnya, PAS bukan sahaja mendapat kuasa, tetapi memikul beban baharu.
Jika menang, PAS menanggung kesan imej. Jika kalah, PAS akan dipersalahkan. Muhyiddin pula? Clean exit.
No comments:
Post a Comment