Esok pagi Anwar nak umumkan sesuatu yang gembirakan semua. Harapnya betul-betullah Rakyat gembira. Bagi saya secara peribadi, saya harapkan:
A. Pemansuhan fi lesen memandu dan fi tahunan kad debit serta penggunaan ATM&MEPS
B. Pelaksanaan kerja empat hari seminggu. Sehari bekerja 9 jam untuk empat hari.
C. Cuti sakit tanpa slip klinik rawatan untuk 10 hari setahun
D. Pengeluaran akaun 1 KWSP one off maksimum RM20K. Caruman pekerja pula diturunkan sehingga 6% selama dua tahun bagi KWSP.
E. Kadar semua tol turun hingga 50%
F. Air percuma sepenuhnya untuk kediaman
G. SST ke atas barangan ubatan dan farmasi dihapuskan
Dan apa-apa sahaja yang mengurangkan kesan kenaikan perbelanjaan seisi keluarga.
No comments:
Post a Comment