Kalau Anwar Ibrahim turun, letak jawatan, siapa akan naik jadi Perdana Menteri kalau Perikatan Nasional jadi kerajaan. Mestilah Muhyiddin Yassin akan jadi Perdana Menteri, sebab dia adalah Pengerusi Perikatan Nasional.
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang jadi apa? Jawatan beliau dalam Perikatan Nasional adalah sebagai Timbalan Pengerusi, berkongsi kuasa dengan beberapa tokoh lain dalam PN iaitu Hamzah Zainuddin dan Dominic Lau.
Namun, walaupun sebagai Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional, beliau hanya dilantik sebagai Duta Khas kepada Perdana Menteri ke Timur Tengah ketika PN jadi kerajaan sebelum ini.
Persoalannya, kemana hilangnya slogan PAS “Islam Memimpin” dan “Kepimpinan Ulamak” sebelum ini? Berdegar-degar kononnya hanya ulamak layak memimpin dilaungkan oleh penyokong PAS, tapi bila jadi kerajaan, pemimpin utama PAS yang juga seorang ulamak hanya dilantik ke satu jawatan yang diwujudkan semata-mata demi ‘scheme of things’.
Persoalan satu lagi, kenapa penyokong PAS yang paling kuat melaungkan ‘Turun Anwar’ walaupun pemimpin mereka tidak mungkin akan diangkat sebagai Perdana Menteri? Apa guna kau desak Anwar letak jawatan kalau yang naik selepas ini bukan dari kalangan kau orang jugak?
No comments:
Post a Comment