GESAAN "TURUN ANWAR" ADALAH SATU GERAKAN MENENTANG KETENTUAN ALLAH





Kerajaan Madani yang ada hari ini bukan kerajaan pilihan rakyat. Rakyat telah menolak semua parti dalam PRU 15/2022 sehingga tidak ada satu parti pun baik PH, BN atau PN, apalagi GTA yang semuanya hilang wang pertaruhan boleh tubuh kerajaan. 


Sebaliknya kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan pilihan Allah, Allah yang takdirkan kerajaan madani ini dibentuk atas nama perpaduan antara parti parti. 


Wpun pada peringkat awal sepatutnya PH dan PN membentuk kerajaan sebagaimana saranan awal YDPA, namun Allah takdirkan saranan itu tidak bersambut, tidak menjadi, mungkin ada hikmah di sebaliknya. 


Oleh itu gesaan "Turun Anwar" adalah satu percubaan untuk menolak ketentuan Allah, seolah olah mereka tidak reda dengan apa yang Allah takdirkan. 


Mereka lebih cenderung mengikut kecenderungan politik mereka sendiri berbanding akur kepada ketetapan Allah, mereka sebenarnya sedang menentang takdir Allah.




No comments: