✍️ Ahmad Mursi
1. Bila Syeikh Wazir berucap, tidak setuju tindakan orang politik perjatuh kerajaan dalam tempoh pendek, berbondong-bondong penyokong PAS memaki hamun beliau.
2. Bagi walaun, ulama paling hebat dan berautoriti ni hanya pimpinan PAS kerana puncanya ta'asub.
3. Padahal Syeikh Wazir adalah Timbalan Pengerusi pertubuhan gabungan pondok seluruh Kelantan dan dia juga ahli PAS.
4. Walaun yang selama ini menuduh Madani menentang agamawan, tidak senang duduk apabila kerajaan dan PMX meraikan, bersama institusi pondok dan minta dinasihati.
5. Selama ni, PAS anggap merekalah terpaling hormat Ulama, tapi bila ada yang tak sehaluan, terus dicaci.
6. Anak Syeikh Wazir yang berjawatan dalam PAS pula menulis, mentakwil balik ucapan ayahnya yang sangat jelas, seolah-olah menggambarkan ayahnya bermuka-muka dan berbohong di hadapan PMX. Hal yang tak sepatutnya dibuat.
7. Adnan Wazir dari hanya seorang guru sekolah, kini baru diangkat sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Kota Bharu. Begitulah mudahnya menjadi Ulama dalam PAS dan mula menulis hal palsu untuk kepentingan PAS.
8. Agamawan memang patut mengambil posisi menegur yang salah dan menyokong yang baik, tidak kira parti mana sekalipun yang menjadi kerajaan, dalam masa yang sama mereka kekal fokus di medan menyebarkan ilmu.
9. Masalahnya, apabila ada yang aktif menjadi pimpinan parti politik dan punyai kepentingan duniawi, mula memfitnah, mencaci, berbohong, makan gaji buta, halalkan yang haram, haramkan yang halal, kesemuanya untuk kepentingan puak dan parti sendiri atas hujah agama dalam masa sama menafikan kebaikan orang lain.
10. Penilaian mereka tidak lagi apa yang benar disisi agama, tetapi apa yang boleh untungkan PAS.
11. Ada asatizah lain yang turut hadir akui, mesej utama PMX kepada para agamawan pondok ialah, berilah nasihat kepada beliau. Ini diulang banyak kali.
12. Menuduh PMX hanya dampingi agamawan sebagai 'wayang' ternyata tidak benar apabila syeikh Wazir ceritakan, dulu 13 tahun lebih beliau di Pakistan, PMX setiap tahun hadir dan sumbangkan USD5,000 untuk pelajar2.
No comments:
Post a Comment