Norman Radzuan
Tidak pernah mana2 parti pemilihan hiruk seperti PKR
POPULARITI PKR KINI SAMA HEBAT UMNO
Tahukah anda disebalik kontroversi pemilihan parti PKR, tanpa disedari parti ini sebenarnya patut berbangga popularitinya kini setanding UMNO di era 90an dahulu.
Peminat politik mahupun permain politik tidak pernah menumpukan kpd pemilihan Amanah, UMNO, DAP, Gerakan, MCA, MIC dan parti parti Sabah Sarawak sehebat pemilihan PKR.
Ia satu tempoh yg lama dan berpanjangan. Sejak dari tahun lepas lagi ia mula diperbualkan walaupun tidak terlalu serius. Bila pelbagai pihak berbicara soal PKR, bermakna populariti parti ini sgt hebat.
Penulis bila bertemu rakan2 parti komponen dari UMNO, Amanah dan DAP… mereka sering bertanya siapa bertanding?
Pemilihan PKR parti yg baru berusia 26 tahun menjadi tumpuan yg di luar jangka. Sdgkan pemilihan DAP baru baru ini, kita hanya mendengar ulasan dari penganalisis politik sahaja dan beberapa hari selepas itu senyap begitu sahaja.
Parti PKR bermula dgn hiruk pikuk ahlinya hingga berjangkit kpd pimpinan parti kawan dan lawan. Ahli ahli PKR saling membuka aib parti utk melepaskan geram rasa ketidak puasan hati. Keaiban yg dibuka itu telah disambut oleh penyokong parti pembangkang hinggalah kepimpinan.
Bayangkan sehingga hari ini, kita tidak pernah mendengar penganalisis, pemimpin politik atau peminat politik berbicara mengenai pemilihan PAS tidak lama lagi yg dijangka bulan September ini?
Tiada siapa ambil peduli sdgkan pemilihan PKR sudah dibicarakan sejak tahun lepas lagi. Apa yg terjadi mengimbau saya kpd memori penghujung 80an dan 90an, pemilihan UMNO yg sgt kontroversi hingga berlaku perpecahan dan pengharaman parti tersebut.
Ketika ini segala isu kontroversi hilang begitu sahaja. Tiada siapa ambil peduli lagi pasal Ayer Kuning, tiada siapa ambil peduli lagi isu Kg. Baru.
Sebab itu pembangkang ketika ini tidak menyerang kerajaan kerana tahu jika mereka bertindak agresif sekalipun ia hanya merugikan. Isu itu akan tenggelam dan berlalu begitu sahaja.
Anda boleh lihat ketika ini berlaku peperangan Pakistan dan India…berita peperangan itu pun tenggelam begitu sahaja.
Rakyat Malaysia lebih tertumpu peperangan team Rafizi yg dilihat agak agresif melawan team Nurul Izzah dilihat agak pasif utk melawan serangan yang dilihat lebih kpd ‘character assassination’.
Kontroversi terkini tidak ubah sepertimana berlaku kpd kem Azmin Ali dan Rafizi 2018 dahulu. Ia bermula dari pentaksub2 pengikut kedua dua pemimpin tersebut.
Cuma penulis merasakan calon dan ahli2 parti kedua penyokong perlu lebih tenang dan jgn sampai melondehkan keaiban ahli parti di pentas terbuka atau media massa.
Ketidakpuasan pihak yang kalah perkara biasa oleh mana mana parti. Tetapi membuka ‘aib parti’ di pentas terbuka saban hari dilihat tidak profesional dan akhirnya tanpa disedari ia hanya memberi bola tanggung kepada lawan iaitu parti pembangkang.
Isunya sekarang adakah ahli PKR berjuang atas nama individu tokoh yg disanjungi atau bersama sama ingin membawa perubahan bersama rakyat?
Bukankah juga perjalanan lebih dua tahun ini telah menampakkan reformasi tata kelola kerajaan yg dikemudi oleh PKR di mana Presiden mereka adalah Perdana Menteri?
Yang menjadi tanda tanya adakah perang dalam selimut ini boleh meletusnya perang saudara di dalam PKR sekaligus mengubah lanskap pentadbiran politik negara?
Penulis menjangkakan kontroversi pemilihan ini tidak akn berakhir sebaik selesai keputusan pemilihan pusat sepertimana berlaku kpd parti parti lain, malah lebih parah.
Andaikata Nurul Izzah tewas barangkali hanya kekecewaan buat dirinya dan penyokong sahaja, kerana penulis belum lagi mendengar sebarang komen dari Nurul Izzah untuk mengundurkan diri andai beliau kalah.
Andaikata Rafizi tewas, malam tadi beliau telah melafazkan ‘cerai taklik’ jawatannya sebagai Menteri. Ia pasti menimbulkan polemik baru dlm politik negara yg pastinya sedikit sebanyak pasti menganggu fokus PMX dlm mereformasikan negara.
Tindakan Rafizi melafazkan ‘cerai taklik’ dgn jawatannya sebagai Menteri menurut rakan akademik, satu tindakan tidak profesional dan seolah olah satu ugutan. Sdgkan jawatan parti bukan indikator seseorang itu boleh menjadi Menteri atau tidak.
Kita tunggu episod seterusnya di mana para penganalis dan rakan media pasti tersenyum melihat perkembangan ini. Ini kerana pengalaman penulis dlm bidang kewartawanan… ‘Masalah (kontroversi) anda adalah perniagaan kami.’

No comments:
Post a Comment