Alif Jamil
Kenyataan ini bukan dibuat sekadar mahu kelihatan global tapi lahir dari kefahaman mendalam tentang bahaya pasaran tertutup yg mengundang kemelesetan ekonomi rentas sempadan.
Dalam ucapan beliau di Kremlin Moscow, Anwar Ibrahim dgn nada diplomatik tetapi padat isyarat pedas menegaskan bahawa dunia tidak boleh mengabaikan prinsip keterbukaan, keadilan ekonomi dan kebersamaan dalam perdagangan.
Apa dia proteksionisme?
Proteksionisme adalah dasar yg menggalakkan sekatan terhadap perdagangan antarabangsa seperti tarif tinggi, kuota import atau sokongan berlebihan kepada industri tempatan.
Mungkin kedengaran patriotik tapi dalam jangka panjang ia melumpuhkan keupayaan negara membangun untuk bersaing, mengeksport dan membangun teknologi.
Dan siapa yg paling terkesan?
Negara² kecil dan sedang membangun seperti Malaysia yg ekonominya bergantung kpd perdagangan terbuka, akses kepada pasaran besar dan kestabilan sistem multilateral seperti WTO (World Trade Organization).
Kenapa amaran Anwar Ibrahim ini penting?
1. Kebangkitan Nasionalisme Ekonomi.
Negara² besar seperti Amerika Syarikat dan Eropah sedang giat memperkenal semula dasar proteksionisme atas nama “kepentingan nasional.” Ironiknya, dalam era globalisasi langkah ini ibarat menembak diri sendiri.
2. Kepincangan Rantai Bekalan Dunia
Perang perdagangan, sekatan ekonomi dan ketegangan geopolitik (termasuk Rusia-Ukraine, AS-China) sudah pun menggugat rantai bekalan makanan, tenaga dan teknologi.
3. Kesan Kepada Dunia Islam & Asia Tenggara
Negara² Islam dan ASEAN bukan pemain dominan ekonomi global. Jika sistem dagang jadi eksklusif atau berat sebelah, kita yg akan jadi mangsa baik dari sudut sekatan pasaran mahupun kemiskinan teknologi.
Anwar Ibrahim bukan sekadar mengkritik tapi mengusulkan penyelesaian yg strategik.,
“Malaysia menyeru kepada reformasi struktur ekonomi global yang lebih adil, inklusif dan berpaksikan kepercayaan antara negara,” tegas beliau.
Dalam erti kata lain, PMX mengajak dunia kembali kepada prinsip asal perdagangan bebas bukan monopoli, bukan dwi-standard tetapi keadilan ekonomi rentas benua.
Malaysia adalah antara negara yang paling bergantung kepada perdagangan antarabangsa, dengan nilai eksport dan import melebihi 130% daripada KDNK.
Dalam suasana begini, kestabilan sistem perdagangan dunia adalah soal hidup dan mati.
Sebarang langkah yg menyekat akses pasaran atau memanipulasi peraturan akan memberi kesan langsung kepada pekerjaan, pelaburan dan kestabilan matawang negara seperti kita.
Anwar Ibrahim bukan hanya bercakap sebagai seorang Perdana Menteri tapi beliau bersuara sebagai negarawan dunia ketiga yg melihat dgn mata kepala sendiri bagaimana kuasa besar memonopoli sistem, kemudian menuduh negara lain tidak ‘bermain adil’.
Beliau mengangkat suara Selatan Global, menuntut sistem perdagangan antarabangsa yg lebih adil, saksama dan bebas dari politik tekanan.
Malaysia bukanlah kuasa besar.
Tapi dgn kepimpinan yg berprinsip dan berani seperti Dato’ Seri Anwar Ibrahim, kita bukan sahaja mampu berdiri setaraf dimeja rundingan antarabangsa tapi kita juga mampu menegur, membina dan menuntut keadilan dalam dunia yg makin memihak kepada yg kaya dan kuat.
Sudah tiba masanya dunia mendengar suara dari Kuala Lumpur dan bukan sekadar dari Washington atau Brussels saja.
Proteksionisme bukanlah jalan ke hadapan, ia adalah jalan ke belakang.
Dan dalam pertarungan ini, kita perlukan pemimpin berprinsip seperti Anwar Ibrahim untuk mengingatkan dunia bahawa perdagangan bukanlh alat dominasi tapi jambatan kemajuan bersama.

No comments:
Post a Comment