Harimau Asia Sudah Mengaum di Russia.


Alif Jamil






Waktu negara² kecil memilih diam dan menikus, Anwar Ibrahim bersuara.


Ketika ramai pemimpin hanya mengangguk kepala terhadap kuasa besar, Perdana Menteri Malaysia tampil dipentas antarabangsa dan menggugah keselesaan unipolar dunia. 


Dalam syarahan awam di Moscow, beliau tidak memilih jalan selamat, tetapi memilih jalan berani mengecam unilateralisme sebagai “arrogant display of power” dan menuntut pengiktirafan yg adil untuk negara kecil.


Ini bukan kenyataan politik biasa.


Ini adalah mesej berani dari negara kecil yg menolak dari tunduk kepada realpolitik kuasa besar.


“Negara perlu pastikan asas ekonomi mereka kukuh, tapi nilai kemanusiaan tak boleh diabaikan.”


Ayat ini bukan sekadar ucapan biasa nih, ia adalah falsafah dasar luar Malaysia Baharu.


PMX tidak bercakap sebagai ‘pak turut blok Barat’, atau ‘boneka Timur’. 


Beliau tampil sebagai negarawan global yg membawa suara ASEAN yakni suara dunia membangun yg menuntut diplomasi yg saling menghormati bukan diplomasi ugutan.


PMX bukan sekadar mewakili Malaysia. 


Beliau membawa idealisme rantau ASEAN yg mana keharmonian dan kemajuan itu tak semestinya datang dgn penjajahan minda dan kuasa ketenteraan. 


Beliau mengangkat model ASEAN sebagai teladan saling menghormati dalam dunia yg semakin ganas dengan monopoli kuasa.


Di saat negara² besar menekan melalui sekatan ekonomi, perang proksi dan diplomasi senjata, Anwar Ibrahim memilih untuk menzahirkan prinsip yg tegas bahawa kekuatan sebenar ialah prinsip, bukannya peluru dan bukan dalam pakatan senjata.


Apa yang PMX buat di Moscow bukan satu perkara kecil.


Beliau menyampaikan mesej tegas di ibu kota salah satu kuasa besar dunia. 


Ucapan beliau bukan sekadar retorik tetapi penegasan hala tuju dasar luar yag berdiri atas prinsip bukan opportunisme.


Malaysia kini tidak lagi berdiplomasi dgn penuh ketakutan.


PMX membawa satu paradigma baharu dimana “Hormati kami, walaupun kami kecil. Kami tak akan sujud pada mana² kuasa Timur atau Barat.”


Dan inilah identiti Malaysia Baharu...

Berani, Berprinsip, Bermaruah.


Kalau kita tak bangga dengan Perdana Menteri yg tegas bersuara bagi pihak dunia kecil dan tertindas, maka kita mungkin gagal faham erti kedaulatan.


Dan saya bangga memiliki beliau sebagai pemimpin Malaysia hari ini 🫡




No comments: