Setiausaha Umno Tapah Calon BN PRK DUN Ayer Kuning

 


Mohamad Yusri (tengah) diumumkan sebagai calon BN bagi PRK DUN Ayer Kuning dalam satu majlis di Command Center BN Perak di Kg. Tersusun Hj. Tahir, Temoh di Tapah pada 7 April 2025.

TAPAH, 7 Apr – Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, Dr. Mohamad Yusri Bakir, 54, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang akan berlangsung pada 26 April depan.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi BN Perak merangkap Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Saarani Mohamad dalam satu majlis di BN Command Center, BN Perak di Kampung Tersusun Haji Tahir di sini hari ini.

Mohamad Yusri (tengah) diumumkan sebagai calon BN bagi PRK DUN Ayer Kuning dalam satu majlis di Command Center BN Perak di Kg. Tersusun Hj. Tahir, Temoh di Tapah pada 7 April 2025. Foto Muhamad Nazreen Syah Musthafa

Beliau yang merupakan Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh memiliki Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan Islam dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Selain itu, beliau juga mengepalai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu sebagai Pengerusi Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Tapah.



No comments: