MAKLUMAT PALESU. TAPI ADA ORANG SUKA SEBARKAN.

Fathi Aris Omar


 Ada orang sebar maklumat palsu atau mengelirukan, kau orang percaya. Apabila polis nafi, kau tuduh kerajaan hendak sorok pula! 







Semua dakwaan perlu keterangan jelas, bukti atau tampil ke depan untuk kenal pasti kesahihan. Kalau setakat dakwaan, tiada sesiapa boleh sahkan. 


Dalam kes kematian, pasti ada laporan polis dibuat sebelum dikebumi. Seseorang yang melecur atau cedera pasti dirawat di klinik swasta atau hospital kerajaan, pasti ada laporan di situ. 


Katakanlah mangsa tidak dapat rawatan, kemudian meninggal dunia, pasti ada laporan kepada polis untuk dapat permit urus jenazah! Nampak? 


Masalah kita begini sahaja. Kita mudah percaya sumber tidak rasmi dan tidak sahih di media sosial tanpa desak sumber mendedahkan bukti sahih. 


Yang ini kita percaya. Telan bulat-bulat dan yakin. Sementara yang rasmi pula, dengan keterangan dan bukti, kau orang ragui atau enggan percaya.



No comments: