Graeter Terengganu Development
LKAN MERUSMUSKAN BAHAWA KEGAGALAN MENGURUSKAN PROJEK DI KAWASAN TERSEBUT
Sekarang kita akan dedah kenapa Tasik Kenyir kehilangan pelancong secara drastik sejak 2019. Rekod rasmi menunjukkan jumlah pelancong menurun daripada 808 ribu pada 2017 kepada hanya 133 ribu pada 2022
MARINA PENGKALAN GAWI BWENILAI 330 JUTA TIDAK DIGUNAKAN WALAU PUN TELAH DISERAHKAN PADA TAHUN 2021.
Admin akan guna Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022
LKAN simpulkan kejatuhan mendadak jumlah pelancong ke Kenyir berlaku kerana kegagalan mengoperasikan projek-projek di kawasan tersebut
Terdapat 3 projek yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dengan nilai RM612juta
2 projek siap iaitu Marina Pengkalan Gawi dan Kuarters Kastam. Tetapi Marina Pengkalan Gawi bernilai RM330 juta tidak digunakan oleh kerajaan negeri walaupun dah diserah pada 2021. Ia dibiarkan tanpa beroperasi
Menurut LKAN, Marina ini boleh digunakan sebagai tapak utama penganjuran acara besar bagi menarik pelancong
Kuarters kastam bernilai RM37.5 juta pula dijadikan pusat pengajian oleh kerajaan negeri pada tahun 2020.
Ia tidak mencapai maksud asal pembinaan
Sementara satu lagi projek iaitu Bebas Cukai Pulau Bayas bernilai RM243 juta pula terbengkalai. Projek ini telah terlewat beberapa kali namun masih berjalan sebelum ini. Namun pada 2019, ia dilaporkan terbiar dan rosak
Semoga kerajaan negeri dipermudah mengurus dan memakmurkan semula Tasik Kenyir
#MajuTerengganuKu



No comments:
Post a Comment