AGAK AGAK MAT JARGON NI BAGJ BERAPA DUIT



 Antara yang aku syukuri sangat-sangat.bila PN gagal bentuk kerajaan, selain daripada terhentinya 𝗮𝗸𝘁𝗶𝘃𝗶𝘁𝗶 𝘀𝗮𝗸𝗮𝘂, ialah benda ni. Iaitu negara kita terselamat daripada 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗽𝗮𝗿𝘂𝗵 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗸.







Mamat 𝗪𝗮𝗻 𝗙𝗮𝘆𝗵𝘀𝗮𝗹 ni memang pakar menunggang. Dah tunggang agama, tunggang bangsa, ditunggang pula 𝗕𝗹𝗮𝗰𝗸𝗿𝗼𝗰𝗸. Sekarang dia nak tunggang 𝗯𝗲𝗻𝗰𝗮𝗻𝗮 pulak. Yang masalahnya, kenyataan dia lari jauh dari fakta!


Isu yang dia bawa mudah je. Dia mahu kerajaan agar 𝗯𝗮𝘁𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗔𝗹𝗱𝗶𝗹𝗳𝗶𝘁𝗿𝗶 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 dengan alasan rakyat terutamanya mangsa sedang melalui 𝗱𝗲𝘁𝗶𝗸 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗴𝗲𝘁𝗶𝗿 dalam hidup susulan bencana kebakaran di Pita Height.


Isu yang dia bawa tu 𝘷𝘢𝘭𝘪𝘥. Masalahnya faktanya yang habis 𝗸𝗲 𝗹𝗮𝘂𝘁 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺.


Pertamanya, dia bangkitkan bantuan awal RM5,000 tu 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗰𝘂𝗸𝘂𝗽𝗶. Malah dia katakan pula ia 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗻𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Dia tak faham bahasa Melayu dan dekat Machang tak ada liputan internet ke?


Namanya pun 𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗮𝘄𝗮𝗹. Maknanya akan ada lagi bantuan lain. Memang dah ada pun. Sumbangan kereta sementara, bantuan daripada syarikat swasta serta banyak lagi. 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 pun aktif salurkan bantuan.


RM5,000 tu bukan untuk betulkan rumah terus la ngok oi. Kan kerajaan dah umumkan akan bekerjasama dengan 𝗣𝗲𝘁𝗿𝗼𝗻𝗮𝘀 untuk perbaiki rumah yang terjejas. Duit tu untuk beli baju, seluar, makanan sebab mereka sekarang dah 𝘀𝗲𝗵𝗲𝗹𝗮𝗶 𝘀𝗲𝗽𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴.


Dia nak samakan kerajaan dengan pimpinan PN dulu yang 𝗯𝗲𝗿𝗳𝗼𝘆𝗮-𝗳𝗼𝘆𝗮 𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 masa rakyat ditimpa bencana. Mana boleh. Tak jadi bro.


Kedua, dia kata anggaran kos majlis itu nanti cecah RM10 juta ke RM20 juta. Mana dia dapat angka tu eh? Aku tak perasan kalau kerajaan ada umumkan. Cuma aku harap dia tak dapat angka tu 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝘀𝘂𝗿𝗮𝘁 𝗹𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴.


Tapi kalau kerajaan ada duit, apa salahnya. Memang bantuan sekarang 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 berbanding zaman PN dulu sebab sekarang kantung negara 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝘀𝗮𝗸𝗮𝘂 𝗹𝗮𝗴𝗶.


Lainlah dulu. 𝗠𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗻 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗱𝗶𝗮 je dah berapa bilion. Kalau kerajaan mampu untuk teruskan bantuan dan dalam masa yang sama anjurkan majlis Aidilfitri dalam masa yang sama tu, apa masalahnya?


Ketiga dia cakap keutamaan sebenar 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗲𝗽𝘀𝗶  𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸. Kerajaan dah set prioriti yang betul. PMX hari pertama kejadian, iaitu di hari raya kedua, dah sampai ke tempat kejadian. Dah umumkan bantuan. Tak abai sikit pun.


Aku ingat kalau Mahiaddin PM ni, dia cuma 𝗯𝗮𝗰𝗮 𝗣𝗗𝗙 depan tv je la. Takkan dia ambil risiko pergi ke tempat berbahaya macam tu. Dia lawat bazar Ramadan pun 𝘀𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗹𝘂𝗸 𝗽𝗼𝗸𝗲𝘁. Nak harap pergi tempat berdebu. Hari pun malam...


Sebenarnya tak ada isu pun. 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗰𝗲𝗸𝗮𝗽 uruskan tragedi. Daripada banjir, sampai ke bencana seperti ini. Bukan macam PN dulu. Nak urus banjir pun terkial-kial. Ramai mangsa yang 𝘁𝗲𝗿𝗮𝗯𝗮𝗶 tanpa bantuan.


Sama ada diteruskan atau dibatalkan majlis Aidilfitri tu tak ada masalah pun. Kalau teruskan, mungkin masa tu boleh 𝗱𝗶𝗮𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗼𝗮 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 agar kesemua mangsa diberikan ketabahan dan kesejahteraan. Tak mestinya majlis Aidilfitri mesti kena 𝗻𝘆𝗮𝗻𝘆𝗶 𝗸𝗮𝗿𝗮𝗼𝗸𝗲 macam 𝗣𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮 𝗣𝗔𝗦 buat tu.


Bercakap tentang bantuan, nak tanya juga dah berapa banyak Wan Fayhsal hulurkan untuk mangsa tragedi? Kalau nak bantu, boleh je jual 𝗯𝗮𝘀𝗶𝗸𝗮𝗹 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗹 dia yang khabarnya harga 𝗯𝗲𝗿𝗽𝘂𝗹𝘂𝗵 𝗿𝗶𝗯𝘂 tu untuk membantu mangsa.


Demikianlah 𝗯𝘂𝗱𝗮𝗸 𝗵𝗶𝗻𝗴𝘂𝘀𝗮𝗻 ni. Bukannya ada idea sangat pun nak kritik kerajaan. Terpaksa pusingkan cerita untuk reka isu. Padahal benda tak ada masalah pun. Mungkin dia minta batalkan sebab 𝗻𝗴𝗲𝗿𝗶 𝘁𝗲𝗻𝗴𝗼𝗸 sambutan luar biasa terhadap PMX.


Cuma pelik kenapa dia keluar kenyataan media dia ni secara 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶? Nak jadi hero 𝘀𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴-𝘀𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲? Atau 𝗱𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗽𝘂𝗹𝗮𝘂? Kenapa tak buat kenyataan bersama MP Pembangkang yang lain? Atau MP PN yang lain pun muak dengan permainan isu dia ni yang sangat kebudak-budakan? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



No comments: