Asiah Abd Jalil
Ini adalah kes yang baru sahaja diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan (mahkamah tertinggi negara) pada bulan Mac 2025 yang lepas.
Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Kerajaan Malaysia dan memutuskan bahawa tindakan doktor tersebut tidak menyalahi sebarang undang-undang.
Kes ini berkaitan Ivermectin yang digunakan oleh doktor dan klinik tertentu untuk merawat COVID-19 semasa pandemik dahulu.
Pada masa itu KKM telah melarang penggunaan Ivermectin, kerana kononnya tiada kajian yang membuktikan keberkesanan Ivermectin dalam merawat COVID-19.
-----
Dalam masa yang sama, kerajaan wajibkan rakyat disuntik vaksin COVID-19, kalau nak bekerja, bergerak, rentas negeri, masuk pejabat kerajaan, masuk premis awam, dan lain-lain.
Walhal vaksin tersebut pun tiada kajian konkrit yang membuktikan keberkesanannya untuk merawat COVID-19. Ia hanya diluluskan secara tergesa-gesa atas dasar kecemasan sahaja.
Negara dah order 88 juta dos vaksin COVID-19. Sebanyak RM5 bilion dana KWAN (Kumpulan Wang Amanah Negara) digunakan. Takkan nak biar vaksin tu basi dan membazir, ye dak?
Maka disuruhlah rakyat cucuk berdos-dos vaksin.
-----
Fast forward 5 tahun kemudian. Sekarang ni kita semua bolehlah bermuhasabah.
Kerajaan pimpinan PM tebuk atap, Muhyiddin Yassin. Nak tutup Parlimen, sampai isytihar darurat.
Kementerian Kesihatan Malaysia dan dokter-dokter (doktor + promoter) vaksin. Cahaya di hujung terowong katanya.
Khairy Jamaluddin, yang dah jadi DJ Hot FM tu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah yang dah pencen.
Apa khabar diorang semua?



No comments:
Post a Comment