Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengambil maklum mengenai harga telur yang kini dijual pada harga yang sangat murah.
Beliau berseloroh, mengatakan hari ini beliau dipuji tetapi jika harga makanan naik, beliau akan “dimaki” balik.
“Telur sekarang ni agak murah dan orang semua duk tulis dalam (sosial media)…duk puji Bang Mat lah. Puji sat (sekejap) kot. Esok jadi apa-apa, (harga) naik, kena maki teruk balik,” ujarnya bersahaja dalam satu klip video dikongsi di TikTok.
Hari ini Harapan Daily melaporkan harga telur di pasar raya jatuh mendadak menjelang Hari Raya Aidilfitri beberapa hari lagi.
Orang ramai berkongsi di sosial media harga terkini bekalan itu yang jatuh sekitar RM5.99 untuk sepapan telur gred C berbanding harga asal RM11.40.
Ada beberapa tempat menawarkan harga RM2.99 untuk sepapan telur gred D.
Aeon Mall Ipoh Klebang menerusi pasar rayanya turut menawarkan harga runtuh untuk sepapan telur gred B. Ia dijual pada harga RM8.50 berbanding RM12.
No comments:
Post a Comment