
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual tiba di Terminal Dua, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini pada jam 3.10 petang sebelum bergerak ke Tuaran dan dijadual tiba jam 3.40 petang.
KOTA KINABALU, 22 Mar – Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan meneruskan siri lawatan ke Sabah pada Sabtu dengan menghadiri sesi taklimat pembangunan negeri serta majlis berbuka puasa bersama rakyat di Tuaran.
Beliau dijangka tiba di Terminal Dua, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini pada jam 3.10 petang sebelum bergerak ke Tuaran yang terletak kira-kira 34 kilometer di utara bandar raya Kota Kinabalu.
Lawatan kerja Perdana Menteri ke Sabah pada petang akan dimulakan dengan sesi taklimat pembangunan negeri yang berlangsung di Pejabat Daerah Tuaran.
Sesi tersebut dijangka akan dihadiri oleh kepimpinan negeri, pegawai kerajaan, serta wakil-wakil industri bagi membincangkan hala tuju pembangunan ekonomi dan infrastruktur di Sabah.
Selepas sesi taklimat, Anwar dijadual berangkat ke Padang Istiadat Tuaran bagi menghadiri Majlis Berbuka Puasa Madani peringkat negeri Sabah.
Majlis akan turut dihadiri oleh pemimpin negeri, masyarakat setempat sekitar Tuaran.

Selain itu, Perdana Menteri juga akan menyampaikan sumbangan Ramadan kepada wakil rumah kebajikan, masjid dan surau terpilih.
Ia adalah lawatan pertama Anwar selaku Perdana Menteri ke Tuaran yang juga daerah kelahiran Ketua Menteri Sabah.
Kehadiran Anwar kali ini menarik perhatian berikutan Pilihan Raya Negeri Ke-17 Sabah (PRN17) yang bakal diadakan pada tahun ini, khususnya mengenai soal kerjasama antara parti dan gabungan.
No comments:
Post a Comment