Dalam ramai calon yang menawarkan diri bertanding berbagai jawatan dalam Keadilan sekali lagi diulangi calon paling terselamat setakat ini sdr Muhammad Kamil Munim yang menawarkan diri untuk bertanding ketua AMK. Setakat ini Kamil masih solo untuk bertanding jawatan itu.
Lain lain jawatan seperti ada pertandingan. Untuk jawatan ketua wanita Keadilan, kedudukan Fadhlina Siddik dicabar, apabila ahli Parlimen Ampang Rodhiah Ismail mengumumkan akan bertanding sekali lagi.
Jawatan timbalan ketua AMK dan timbalan ketua Wanita masih belum tentu tiada perebutan. Ada dua nama disebut-sebut akan bertanding jawatan itu. Perbincangan sedang berjalan khabarnya.
Begitu juga dengan jawatan lain termasuk timbalan presiden. Walaupun seperti ada arahan agar Rafizi Ramli diberi laluan mengekalkan kedudukan itu, tetapi ia belum pasti. Arahan atau permintaan itu dibuat secara lisan sahaja bukan konsensus.
Keunikan dan sifat politik seni serba mungkin atau art of is possible menyebabkan Rafizi tidak boleh merasa lega, mungkin ada yang mengumum untuk mencabarnya di saat-saat terakhir. Rafizi agaknya memahami hal ini. Dan jangan mudah tidur dalam perut sesiapa. Ada seseorang secara bergurau memberi tahu saya dia akan cabar Rafizi?
Begitu juga jawatan untuk empat naib presiden dirasakan meriah kali ini. Kedudukan tiga naib presiden kini Amiruddin Shaari, Aminuddin Harun, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Chang Li Kang, dalam keadaan tercabar. Setakat ini hanya Li Kang belum menyatakan pendirian. Mungkin ada ahli berbangsa Cina atau India akan ikut serta bagi mengimbangi menurut kaum.
Setakat ini sudah dua orang seperti sahih menyatakan kesediaan untuk merebut jawatan itu, Nurul Izzah Anwar, Fahmi Fadhil manakala Azman Bidin ketua cabang Bandar Tun Razak juga nampak berminat namun masih menunggu wahyu. Bagaimana pun diyakini ada lebih daripada dua akan ikut serta.
Jadi kepada penyandang jangan leka dan merasa selesa sangat, sama seperti Rafizi, kena fahami bahawa “sumpah dan janji politik itu tidak boleh dipercayai, tetapi jangan sesekali merasakan mustahil dengan tindakan orang politik.” Trims.
No comments:
Post a Comment