Bantuan Khas Aidilfitri Bukti Kerajaan Amat Prihatin Terhadap Golongan Agama

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Berbuka Puasa di perkarangan Masjid Sultan Ahmad, Kemaman pada 21 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

CHUKAI, 21 Mar – Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM250 kepada guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut membuktikan bahawa kerajaan amat prihatin terhadap kebajikan golongan agama.

Menurut Bilal Masjid Sultan Ahmad di sini, Muhammad Sya’rani Asa’ari, 36, pemberian khas sempena Aidilfitri ini merupakan satu penghargaan kepada golongan agama yang terus berusaha menaikkan syiar Islam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa di perkarangan Masjid Sultan Ahmad, Kemaman pada 21 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Syukur Alhamdulillah dan sekalung penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang telah mengumumkan pemberian khas untuk guru KAFA dan petugas masjid.

“Walaupun jumlahnya mungkin dianggap kecil oleh sesetengah pihak, namun ia sedikit sebanyak dapat membantu saya membuat persiapan hari raya untuk empat anak yang berusia antara satu hingga 12 tahun.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Berbuka Puasa di perkarangan Masjid Sultan Ahmad, Kemaman pada 21 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Di sini (Masjid Sultan Ahmad), kami mempunyai tiga imam, tiga bilal, dan seorang tok siak. Insya-Allah, sumbangan ini akan dimanfaatkan untuk keperluan kami,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa MADANI di masjid tersebut hari ini.

Sementara itu, seorang guru KAFA di Sekolah Kebangsaan Paya Bunga, Kuala Terengganu, Nashuha Azizah Abdul Wahab, 38, menyifatkan bantuan tersebut sangat bermakna buat dirinya dan rakan-rakan guru KAFA lain dalam membuat persiapan Aidilfitri.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Berbuka Puasa di perkarangan Masjid Sultan Ahmad, Kemaman pada 21 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ibu kepada empat cahaya mata itu berkata bantuan tersebut membolehkan beliau membeli barangan tambahan untuk keperluan hari raya yang semakin hampir.

“Suami saya bekerja sebagai pembantu am dan pendapatannya tidaklah besar, sekadar cukup-cukup untuk menampung keperluan keluarga kami.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Berbuka Puasa di perkarangan Masjid Sultan Ahmad, Kemaman pada 21 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Alhamdulillah, saya anggap pemberian ini sebagai rezeki Ramadan. Ia pasti membantu menampung perbelanjaan barang raya yang masih belum lengkap,” katanya.

Perdana Menteri hari ini mengumumkan BKK Aidilfitri sebanyak RM250 kepada guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja, dan marbut di seluruh negara.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata bantuan tersebut akan dibayar minggu depan, melibatkan 70,000 penerima dengan peruntukan sebanyak RM17 juta.




No comments: