MSO
Menurut Exco ini hanya Kelantan satu satu negeri yang tidak ada hotel Seri Malaysia. Disesetengah negeri katanya ada dua buah hotel Seri Malaysia. Hotel ini dibangunkan Motac - Kementerian Pelancongan.
Untuk apa bina hotel Seri Malaysia di Kelantan kerana ia tidak ada keperluan mendesak. Hotel yang sedia ada pun kosong. Dalam hitungan saya sekrang kurangnya lima buah hotel dah ditutp kedai jadi tempat jin bertendang dan beranak.
Di negeri lain kenapa hotel diperlukan kerana ada permintaan pelncong yang ramai. Kalau yang ke Kelantan pelancong yang dari kalangan orang Kelantan yang pulang sekali sekala bila ada musim perayaan, tidak perlu hotel pun. Mereka pakat tidur berlatang kalang di rumah datuk nenek mereka.
Adalah logik kalau Motac tidak bangunkan hotel di Kelantan, siapa nak tanggung kos dan kerugian. Motac rasional dalam hal ini?
Perkara paling wajar dilakukan kerajaan Kelantan ialah wujudkan kawasan atau daya tarik pelancong baru, bercakap fasal penginapan, bina hotel dan sebagainya. Buat sesuatu yang boleh menarik minat orang asing untuk bertandang ke Kelantan. Masa Tokguru hidup dia jadi bahan tarikan pelancong yang datang untuk tenguk bentuk pentadbirannya dikayakan sebagai Islamik.
Pemimpin Pas selepas beliau tidak ada apa apa nilai atau keunikan yang jadi daya tarikan. Sumpah seranah dan suka menganjing bukan sesuatu yang diminati oleh pelancong. Politik kandar syurga tidak merupakan daya tarikan bagi pelancong untuk ke Kelantan. Cara kerajaan jual syurga menjauhkan mereka daru negeri itu.
Kalau setakat diadakan pesta dikit barat, gulai kawah dan menu ikan singgang menatang mana nak gi ke Kelantan. Pelancong pergi ke sesuatu tempat kerana ada daya tarikan dan keunitkan tertentu yang tiada dinegeri mereka.
Harap pemimpin Kelantan dan rakyat juga berfikir di luar kotak dan belajarlah dengan dunia luar. Orang Kelantan ini suka syok sendiri. Trims.