KARMA AKIBAT FITNAH WALAUN.



 Walaun tak sudah sebut beberapa syarikat telah tutup operasi mereka di Malaysia konon untuk menyalahkan Madani. Padahal syarikat-syarikat tersebut tutup atas isu dalaman mereka sendiri.





Contohnya seperti 𝗞𝘂𝘄𝗮𝗶𝘁 𝗙𝗶𝗻𝗮𝗻𝗰𝗲 𝗛𝗼𝘂𝘀𝗲 yang tukar strategi bisnes mereka. Tapi walaun nak peduli apa. Mereka tetap ghairah tabur fitnah. Langsung tiada rasa takut dosa dan kepada Allah.


Tapi kali ini keluar pula cerita 𝗸𝗼𝗻𝗴𝗹𝗼𝗺𝗲𝗿𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻  𝗴𝗹𝗼𝗯𝗮𝗹, 𝗕𝗲𝗻 𝗭𝗶𝘆𝗮𝗱 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 (𝗕𝗭𝗜) mengumumkan 𝘁𝗮𝗿𝗶𝗸 𝗱𝗶𝗿𝗶 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶 daripada projek 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘀𝘂𝗸𝗮 di Langkawi. Walaun tak main pulak isu ni.


Tarik diri tu satu. Satu lagi, sebab mereka tarik diri tu.. Menurut pengarah urusannya, BZI menarik diri kerana mahu memberi tumpuan kepada 𝗽𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗮𝗶𝗸, 𝗿𝗲𝗮𝗹𝗶𝘀𝘁𝗶𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗼𝘁𝗲𝗻𝘀𝗶 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿.


Bila disebut 𝗿𝗲𝗮𝗹𝗶𝘀𝘁𝗶𝗸, aku tergelak. Maknanya bagi BZI projek Langkasuka tu 𝘁𝗮𝗸 𝗿𝗲𝗮𝗹𝗶𝘀𝘁𝗶𝗸 la kan? Atau kalau ikut bahasa mudahnya, mengarut? Macam tak mampu dijadikan kenyataan.


Tak pastilah tak realistik sebab apa. Sebab cita-cita tu besar sangat? Atau sebab syarikat yang bekerjasama tu 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗽𝗮𝗸𝗮𝗶? Atau sebab meluat dekat MB yang 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗸 𝗺𝘂𝗹𝘂𝘁 𝗷𝗲 𝗺𝘂𝗵𝗼𝗻𝗴.


Tapi yang pasti, BZI tak rasa projek itu menguntungkan dan sebab itulah mereka tarik diri. Jadi yang Sanusi gembar-gemburkan sebelum ni lebih kepada sembang bikin bimbang je la. 15,000 peluang pekerjaan tu cuma 𝗸𝗵𝗮𝘆𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘁𝗮.


Walaun takkan mainkan isu ni. Senyap sunyi mereka. Takde nak berkicau walau jelas ini adalah 𝗸𝗲𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗔𝗦. Lebai ni nak cari pelabur memang tak pandai. Nak jaga pelabur yang sedia pun 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹.


Sebab tu rakyat kena bersyukur negara ini selamat di bawah kepimpinan 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿. Andai kata PN la yang bentuk kerajaan tempohari, entah berapa banyak lagi syarikat 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮.


Sebaliknya sekarang pelabur berlumba-lumba masuk ke Malaysia. BZI sendiri mengaku akan buat pelaburan bernilai 𝗨𝗦$2 𝗯𝗶𝗹𝗶𝗼𝗻 untuk tempoh 5 tahun. Itu takkan berlaku di bawah pentadbiran PN.


Tertanya juga. Kan walatok kata kononnya 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 hebat jaga ekonomi. Takkan Mahathir pun tak mampu nak tahan pelabur daripada lari? Tak bantu ke? Takkan Mahathir pun 𝗱𝗮𝗵 𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗶 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗴𝗮𝗷𝗶 𝗯𝘂𝘁𝗮?


Apa kes walaun? Macamana nak buat SG5 kalau SG4 pun terkulai? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.