PERDANA MENTERI DS ANWAR KE KOREA ATAS JEMPUTAN PRESIDEN YOON! LEPAS NI ...


PMX KE KOREA SELATAN Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memulakan lawatan rasmi ke Republik Korea bermula hari ini hingga 26 November atas jemputan Presiden Yoon Suk Yeol. Mengiringi Anwar dalam lawatan tersebut adalah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Aziz; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Li Kang; Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang serta pegawai-pegawai kanan kerajaan. Menurut kenyataan Wisma Putra, ini merupakan lawatan rasmi pertama Anwar ke Korea sejak beliau menyandang jawatan Perdana Menteri pada November 2022. Semasa lawatan, Perdana Menteri Anwar akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Yoon di Pejabat Presiden Yongsan. PMX KE KOREA SELATAN Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memulakan lawatan rasmi ke Republik Korea bermula hari ini hingga 26 November atas jemputan Presiden Yoon Suk Yeol. Mengiringi Anwar dalam lawatan tersebut adalah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Aziz; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Li Kang; Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang serta pegawai-pegawai kanan kerajaan. Menurut kenyataan Wisma Putra, ini merupakan lawatan rasmi pertama Anwar ke Korea sejak beliau menyandang jawatan Perdana Menteri pada November 2022. Semasa lawatan, Perdana Menteri Anwar akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Yoon di Pejabat Presiden Yongsan.