Nak sindir ‘ketimbang’, Wan Fayhsal diperli pedih jalani ‘cuti’ enam bulan. Kami sedang menunggu jawapan ko wahai jargon ketika ke China.



WOIII- MAT JARGON- HANG PI KE NEGARA KOMINEH DAPAT SAMBUTAN DAN LAYANAN YANG SESUAI. OK PULAK YA....SEBAB ORANG CERDIK DARI KO YANG OTAK KEMETOT TU..RAMAI AKAN TUNGU JAWAPAN KO NANTI YA...RAKYAT TAK MUDAH LUPA YA JARGON.



Pemimpin muda Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dilihat cuba menyindir dengan mengaitkan perkataan ‘ketimbang’.

Dia bahkan meletakkan tanda pagar ‘tatakelaut’,’sembang deras’ dan ‘madani palsu’ menerusi ciapan di platform X baru-baru ini.

“Sindiran ketimbang hari ini: kawan PH sendiri sekeh PMX mentah-mentah.


“Pedih sungguh!!! Betul kata Tuan Lawyer Hanipa ini,” katanya diikuti emoji ketawa dengan memanipulasi kritikan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) itu terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan pelaksanaan reformasi.

Walau bagaimanapun, Wan Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang dari Bersatu itu kena perli pula termasuk dianggap sedang pedih digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.

Rata-rata turut mengecam Ketua Armada Bersatu itu dan menganggapnya seperti tahap tentera siber kelas rendah tidak selayaknya sebagai seorang Ahli Parlimen.


Tidak kurang juga melabelkan Wan Fayhsal sebagai kaki sembang gara-gara kunjungannya ke Shanghai hingga wakil rakyat PN berkenaan menggelar kota itu “Paris of the East” dan “Pearl of the Orient”.

“Kau tu Ahli Parlimen bukan cytro. Tak perlu tweet gaya macam ni kalau ya pun benci yang teramat sangat dengan Anwar Ibrahim. Takkan tak reti hentam cara profesional? Tengok macam mana gaya KJ (Khairy Jamaluddin) hentam kerajaan.

“Syukurlah dapat cuti enam bulan, boleh jalan jalan ke China. Jangan pula balik ratib komunis, komunis… jangan hipokrit munafik.


“Pedih lagi kena dok luar (Dewan Rakyat). Orang lain dok dalam.


“Hari-hari ratib tiada duit, tiada peruntukan. Tahu-tahu pi tanah komunis 🤣,” demikian antara komentar warga maya di akaun X milik Wan Fayhsal.