YADIM Pulau Pinang telah bekerjasama dengan Masjid Jamek Permatang Janggus, Permatang Pauh bagi mengadakan program Pemukiman Zamalah Peringkat Negeri Pulau Pinang pada2 November.
Program tersebut telah diisi dengan kehadiran dan sesi perkongsian isu-isu semasa dalam mendepani cabaran dakwah masa kini oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Prof Madya Dato' Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim.
Turut disentuh beliau ialah cabaran mengurus sifat pelampau, isu semasa seperti Global Ikhwan Sdn Bhd dan Rang Undang Undang Mufti Wilayah Persekutuan.
Turut hadir ialah Pengarah YADIM Negeri Pulau Pinang, Ustaz Mohammad Fadzil Alias serta pimpinan komuniti setempat.
*****
YADIM menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Bantu kami untuk menyantuni semua lapisan masyarakat.
Orang ramai boleh menyumbang kepada YADIM menerusi dua cara mudah.
Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun 1402 3010 0455 56 (Bank Islam Malaysia Berhad).
Atau klik link dibawah :
Sumbangan secara potongan bulanan
InfaqPay Go / Direct Debit eMandate / Recurring Monthly Payment - https://infaqpay.my/go/yadim
Sumbangan secara one-off
InfaqPay Plus / FPX / One Time Payment -https://infaqpay.my/collection/yadim
#yadimpeduli
#melestarigerakandakwah
#malaysiamadani
#PDN2024