Lim Sian See kenapa tak berani sahut cabaran debat isu NAFAS?

 

RM2.913 DUIT ZAKAT NAFAS DIBERI KEPADA PARTI POLITIK, PUSAT KHIDMAT DAN AGENSI BUKAN ASNAF.


Lim Sian See kenapa tak berani sahut cabaran debat isu NAFAS?




Saya dah ada list penyalahgunaan duit zakat NAFAS RM2.913 juta kepada parti politik dan agensi tidak berkaitan dari tahun 2016, 2017 dan 2018. 


Duit itu sepatutnya digunakan untuk membantu Asnaf zakat dikalangan 900,000 lebih ahli peladang seluruh Negara, tapi disalah luluskan untuk kegunaan pemimpin dan parti politik.


Bertapa ramai anak anak Ahli Peladang, Pesawah dan Petani tidak dapat sambung belajar ke Universiti sebab hasil tani mereka merosot akibat kemarau, banjir dan jualan rendah sebab pemotongan padi.


Duit itu sepatutnya digunakan sebaiknya, tetapi dihabiskan untuk program program parti politik.


Berikut ada 7 lagi penyelewengan besar nilainya lebih ratusan juta, hingga menyebabkan NAFAS kerugian lebih RM50 juta termasuk;


1. Pembelian ibu pejabat Nafas di Damansara


2. Pembelian ladang sawit di Sungai Karap, Miri


3. Pembelian baja 40,000 tan tidak ikut spesifikasi bernilai RM70 juta


4. Penyewaan Wisma Peladang Bukit Bintang


5. Pembelian baja bio serbaguna 


6. Salahguna RM2.9 juta wang zakat Peladang


7. Pembelian kilang Nafas Feedmill Sdn Bhd di Muar


SPRM kami dah buat report Feb 2020 waktu PH jadi kerajaan 22 bulan, lepas PN berkuasa kenapa kamu membisu, salinan report kami masih ada. 


Mohon TERUSKAN siasatan.


Syam Ghaz