SIASAT KERUGIAN FASHION VALET

 Nazri Hamdan


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat permasalahan terkait kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet).



Perdana Menteri berkata, arahan tegas itu menjadi sebahagian tindakan untuk mewujudkan sistem tadbir urus yang lebih baik dalam 2,000 syarikat berkaitan kerajaan (GLC).


"Selaku Pengerusi, saya mengarahkan Khazanah untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat permasalahan terkait kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta baru-baru ini.


"Arahan tegas ini adalah sebagai memaknai pengumuman saya sebelum ini yang mengarahkan Jabatan Audit Negara (JAN) melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi mewujudkan sistem tadbir urus yang lebih baik.


#nhflashnews