NAFAS NI TABUNG KEBAJIKAN KOT

 

Syam Ghaz ini kata dia merupakan bekas Penasihat Menteri Pertanian, arwah Dato Seri Salahuddin Ayub dari parti Amanah.



Rasanya dia terkesan bahawa saya telah naikkan laporan MalaysiaKini yang tuduh dana NAFAS telah disalur untuk program Menteri iaitu presiden Amanah atas permintaan pejabat parlimen Kota Raja.


Sebab itu, dia tuduh penyelewengan dana NAFAS juga berlaku masa BN - khususnya di Pekan ketika Najib jadi Ahli Parlimen Pekan..


Kononnya duit Zakat NAFAS pernah telah disalurkan kepada TABUNG KEBAJIKAN PEKAN.


Tapi nak tanya:

1. Adakah duit Zakat NAFAS turut disalurkan kepada tabung-tabung kebajikan lain di kawasan lain?


Duit Zakat bukan untuk tujuan kebajikan ke?


2. Adakah duit Zakat NAFAS disalurkan kepada tabung kebajikan sama seperti dana korporat NAFAS disalurkan untuk program menteri?


Tabung kebajikan sama dengan program menteri ke?


3. Dah lapor SPRM ke tidak bahawa wujudnya penyelewengan dana NAFAS masa BN? Kenapa tunggu dari tahun 2018-2019 hingga tahun 2024 (selepas masalah parti Amanah di NAFAS menjadi kontroversi) untuk membuat tuduhan ini?


Dan jika telah dilapor kepada SPRM masa itu, kenapa tak ada tindakan? Adakah lantikan politik parti politik PKR Tipah Koya sebagai boss SPRM masa itu tak gerak?