Pengerusi Surau ingkar titah DYMM Sultan Selangor?


Mohd Fairul Al Qasas


 Pengerusi Surau ingkar titah DYMM Sultan Selangor?






1. Pada malam ini 17 Mei 2024 telah berlangsung kuliah maghrib di Surau Muqarrabin Puncak Alam.


2. Pengkuliah ialah Ustaz Muhammad Hairullah Hassim, Ketua Pemuda PAS Kapar.


3. Setelah menyedari beliau adalah ahli politik yang aktif, satu aduan telah dibuat kepada pihak surau dan JAIS.


4. Siasatan JAIS mendapati bahawa Pengkuliah telah dibatalkan tauliah, tauliah terakhir pada tahun 2022.




5. Namun, pihak surau masih berdegil untuk meneruskan pengajian tanpa tauliah ini seterusnya melanggar TITAH Tuanku Sultan Selangor. 


6. Tindakan ini tidak boleh diterima langsung dan membuktikan semaraknya sikap khawarij penentang pemerintah dikalangan sesetengah Pengerusi dan AJK Masjid/Surau di Selangor. 




7. Pihak JAIS wajib membuat pemutihan atas perkara ini bagi menjunjung Titah Tuanku. 


8. Telah banyak kerosakan yang dibuat oleh pengkuliah dari kalangan ahli politik. Dan tindakan meneruskan kuliah adalah salah satu bukti kerosakan. 


Semoga tindakan segera dan tuntas dapat dibuat. 


Terima kasih. 


Malaysia Madani 


Fairul al Qasas 

Taman Desa Intan,

Bukit Kapar, Klang.


Salinan kepada,

DYMM Tuanku Selangor Royal Office 

YAB Dato Menteri Besar Amirudin Shari 

YB EXCO Agama Dr. Fahmi Ngah 

Majlis Agama Islam Selangor 

Jabatan Agama Islam Selangor - Rasmi