KENALI BLACKROCK



Andrian Lim Chee Ann


Blackrock ialah institusi pelabur terbesar kat dunia. Nombor dua Vanguard (kalau tak silap).


Institusi pelabur ialah sekumpulan individu yang melabur bagi pihak orang yang mempunyai duit lebihan tetapi tidak reti atau tidak ada masa melabur secara sendiri.


Blackrock sebagai contoh, saham-sahamnya dimiliki oleh orang ramai dan institusi-institusi pelaburan lain. Wang orang awam parking kat Blackrock dan Blackrock akan guna duit itu melabur kat seluruh dunia.


Di Malaysia, Blackrock memiliki saham dalam puluhan company sejak tahun 1990an lagi. Dan korang memang kenal syarikat-syarikat ini di mana sebahagian sahamnya dimiliki oleh Blackrock.


• Petronas

• TNB

• Telekom

• Maxis

• Celcomdigi

• Maybank

• CIMB

• RHB

• Ambank

• Sime Darby

• Axiata

• Kuala Lumpur Kepong

• IOI

• MISC


Mudah kata, dari bank ke telco ke hartanah ke tenaga, Blackrock mempunyai saham kat dalam sejak tahun 1990an lagi.


Ini realiti dan dunia korporat dan pelaburan lah. Pasal kaitan dengan Yahudi itu saya tak nak komen.


AKAN TETAPI......


Memandangkan ada suara-suara yg mengaitkan penjualan MAHB kepada bangsa Y dari negara I, ini korang kene tahu juga.


Semasa negara Malaysia sedang bergelut dengan PKP dan lockdown pada tahun 2021, di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin sebagai PM8, KWSP telah melancar suatu "dana patuh syariah" yang mencecah RM2.4 bil.


Daripada RM2.4 bil itu, KWSP (dan Kerajaan Malaysia pimpinan Muhyiddin Yassin) telah berikan RM800 juta kepada Blackrock.


Tempoh pelaburan bagi dana RM2.4 bil / RM800 juta itu adalah dari tahun 2021 sehingga tahun 2025.


Pendek kata, sebahagian wang yang korang carum kat KWSP itu, masih sedang dipegang dan diurus oleh Blackrock yang dikatakan dimiliki oleh bangsa Y dari negara I itu kerana suatu langkah yang dibuat oleh PM8 pada 3 tahun yang lalu.


Korang tak tau kan, Abah pernah ambil duit korang dan bagi kat "syarikat Yahudi" untuk diurus?