Joey BPR
Pada tahun 1984. Aku ada konsert. Bersama Kumpulan Split Times. Di Muar.
Jadi siang tu. Dia org bawak aku jalan sana sini. Bawak aku makan dan melawat rumah kawan2 dia.
Masa tu hujan. Hujan panas kata org melayu. Jadi aku ni pantang. Tak boleh kena hujan panas
So, malam tu aku mula pening. Yang teramat.
Masa makan mlm tu. Aku agak berkelakuan ganjil.
Orang Johor makan dalam dulang. Dia gelar Moreh. Ikut sunah Nabi katanya.
Aku makan bukan suap nasik ke mulut. Tapi tekap ke muka !.
Org dah mula heran tengok aku. Tapi kawan aku jawab. Joe demam. Kena hujan panas siang tadi.
Mereka bawak aku masuk bilik. Dibaringkan aku atas katil.
Tak berapa lama. Aku mula gering. Masa tu la peristiwa ni bermula.
Izrail. Yang dikenali sebagai Malaikat Maut datang. Dia bawak bersamanya. Sangkakala panjang. Berwarna kuning.
Diletaknya atas kepala aku. Sakitnya takpayah cakap la. Aku rasa nyawa aku dihujung rambut. Membuat aku terkapar-kapar. Tapi masa tu. Tak ada org dalam bilik tu.
Izrail ni kemudian melepaskan nyawa tadi. Lalu aku berasa lega semula.
Kemudian dia sedut semula. Kali ini ke arah tangan aku. Aku dapat rasa nyawa aku di hujung kuku. Dan lagi sekali. Dia lepaskan. Sekali lagi aku lega.
Akhirnya dia tarik nyawa aku menerusi buah pinggang. Dan aku ...... mati.
Pabila ruh keluar dari jasad. Itulah pengalaman paling indah. Aku rasa bersih. Maknanya segala kekotoran dunia. Ditinggalkan. Segala tanggungjawab dan tugas berakhir disitu.
Aku rasa .... bebas, ringan dan suci.
Aku kemudian berada diawang awangan. Mcm ada atas awan. Yang penuh dengan asap.
Depan aku .... Berdiri Munkar dan Nakir.
Dia bercakap dgn aku. Tapi bukan pakai mulut. Tapi telepathy. Maknanya tengok dan nampak, bukan pakai mata. Bercakap, bukan pakai mulut. Dan dengar, bukan pakai telinga.
Sebab mulut, mata dan telinga. Kau dah tinggalkan pada jasad kau. Paham tak.
Aku tanya. Aku dah mati. Adakah aku masuk syurga atau neraka ? Dia kemudiannya keluarkan diagram dan carta yang amat canggih.
Aku nampak dosa aku dalam 5%. Dan pahala aku dalam 45%. Dan aku mula paham.
Aku tanya lagi. Kenapa aku hidup. Apakah tujuan hidup. Dan apakah yang aku aku cari dalam kehidupan.
Dia jawab apakau nak ? Aku jawab aku nak jadi mcm ramli sarip.
Dia kemudian jawab. Semua yang kau nak. Ada depan kau. Aku kata aku tak paham.
Dia cakap. Depan kau ada bola yang terapung atas kepala. Yang dia gelar Luh Mahfuz.
Menurutnya Luh Mahfuz ni. Mcm hardisk la. Semua dosa pahala kau tercatat dalam tu. Apa saja yang kau buat.
Masa kau baby. Luh mahfuz ni keluar menerusi ubun.> Sebesar bola golf. Yang kemudian membesar jadi saiz bola sepak.
Sebab tu. Kalau tekan ubun2 bayi di kepala. Ianya berlobang, lembut. Dan kemudian jadi keras.
Luh mahfuz ni kekal atas kepala. Sampai la akhirat. Bila kau nak repot ketika meniti as sirat. Tapi kau tak nampak. Sama mcm file status hidden dalam komputer
Jadi dia cakap. Apa saja kau nak. Kau capai luh mahfuz tu dan berdoa. Sebab tu org tadah tangan ketika berdoa. Sebenarnya bukan tadah. Tapi pegang luh mahfuz tu. Dan mohon
Sebab tu org yang betul2 taubat atau terdesak. Akan tadah tangan ke langit. Kerana luh mahfuz ni. Letaknya atas kepala. Di antara dua mata.
Macam cerita si tanggang. Ketika ibunya tadah tangan ke langit. Mohon pada Allah. Dan Tanggang jadi batu !
Aku tanya dia. Aku dah mati. Apa yang berlaku di bumi. Dia tunjuk aku. Sama mcm cerita P. Ramlee tengok dalam mangkuk air.
Aku nampak orang carry jenazah aku. Ada yang mengumpat, mengeji dan tak kurang yang fitnah. Anggota keluarga aku, kawan2. Yang menangis dan bercerita tentang aku.
Aku dapat dengar. Dua org mamat ni. Cakap atas moto. Alaaa si joe ni. Mati .... apa lagi ... dadah laaa!
Mcm2 la. Panjang cerita. Jadi aku pendekkan.
Dia kemudian tanya aku. Kalau kau dihidupkan semula. Adakah kau akan bertaubat, solat dan taat kepada Allah
Aku jawab. Aku hidup dalam dunia yang terdiri dari pelbagai cara hidup. Aku tak boleh taat 100% mcm kau. Tapi aku berjanji jadi baik. Ikut keadaan.
Dia tunduk. Mcm tanda kesal.
Dia kemudian tanya aku. Kalau kau hidup semula. Apa yang kau nak buat.
Aku cakap. Aku masih belum dapat balas segala jasa mak aku. Kalau aku hidup semula. Aku nak balas segala jasa mak aku. Kemudian kalau kau nak cabut nyawa aku. Cabutlah
Kedua malaikat ni tengok sesama dia dan kemudian aku sedar. Aku berada dalam bilik tadi.
Aku dapat rasa darah aku mula mengalir dari hujung rambut ke hujung kaki.
Aku nampak kawan aku. Keyboardist Split times. Nama Dino Jamaludin Rasol. Duduk hujung katil. Tercengang. Pucat tak tentu hala.
Dia cakap dia panik. Sbb aku tak bernyawa lebih sejam.
Aku bangun dan keluar bilik. Duduk verandah.
Semua org dah balek.
Aku tanya. Apa yang berlaku?
Dia jawab hujan terlalu lebat. Show kensel.
Aku cerita semua ini. Untuk menyampaikan pesan. Sementara aku hidup. Bahwa Allah itu wujud. Semua yang tercatat dalam Al Quran itu benar.
Dan Malaikat Jin dan Ruh ada dimana2
Mereka dicipta dari cahaya. Mereka boleh pegi mana2. Bila2 masa.
Dan tidak mustahil. Berada di sebelah anda. Ketika ini.
Tengah catat apa yang kau buat.
Masuk akaun dosa dan pahala.
Sekian. Wabillahi Taufiq. Wal Hidayah