Seruan untuk ketenteraman selepas kontroversi mengenai stoking yang mencetuskan kegemparan


 

WING-CHI POON/WIKIMEDIA

Follow us on our Malay and English WhatsApp, TelegramInstagramTiktok and Youtube channels.

Aliran amat bimbang tentang ketegangan yang timbul akibat kontroversi stoking yang melibatkan rangkaian kedai serbaneka KK Super Mart.

Walaupun kami bersimpati dengan perasaan terluka hati yang dialami oleh banyak umat Islam di negara ini akibat tindakan yang dianggap menghina, kami prihatin bahawa reaksi tertentu terhadap insiden ini boleh memburukan keadaan dan mencetuskan perpecahan berbahaya di antara kaum dan agama.

Masalah bermula apabila 14 pasang stoking dengan kalimah Allah pada stoking tersebut didakwa dijual di beberapa cawangan kedai tersebut, yang menyakitkan hati ramai umat Islam.

Kami menghargai tindakan pengurusan KK Super Mart yang telah memohon maaf atas insiden yang tidak diingini ini.

Namun begitu, tindakan ini tidak dapat meredakan kemarahan sesetengah pihak, terutamanya mereka yang menginginkan tindakan tegas diambil.

Kemarahan meluas di media sosial dengan perkongsian yang menyeru kepada hukuman yang lebih berat, seperti boikot terhadap rangkaian kedai tersebut, dan juga menggunakan ungkapan yang kami khuatirkan boleh mengakibatkan kecederaan fizikal.

Tidak membantu apabila sesetengah ahli politik menggunakan isu ini sebagai alat mudah untuk meraih keuntungan politik, dengan mengeksploitasi percampuran yang sensitif antara kaum dan agama.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Perlu diingatkan bahawa golongan yang mencetuskan dan menyemarakkan rasa benci termasuklah ahli politik dari dalam “kerajaan perpaduan”. Ahli yang tidak bertanggungjawab ini perlu ditangani dengan cekap oleh pemimpin parti mereka.

Kemunculan gerakan ‘vigilante’ juga amat mengkhawatirkan. Sesetengah individu yang ingin mempertahankan kesucian Islam nampaknya telah mengambil undang-undang ke tangan mereka sendiri. Ada lelaki yang marah malah mengganggu dan mengugut individu yang dianggap membuat komen yang tidak berpatutan. Jika dibiarkan, fenomena ini boleh menyebabkan kekacauan dan perpecahan.

READ MORE:  A call for calm after tainted socks kick up a storm

 

Kami menyeru kerajaan untuk mengambil tindakan segera dan berani untuk meredakan kegelisahan yang semakin meningkat dan kemarahan yang tidak terkawal, demi perpaduan dan keselamatan negara.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
23 Mac 2024

 

No comments: