RAFIZI TEMPELAK WAKIL PEMBANGKANG


MSO




Menurut Menekom Mohd Rafizi Ramli sehingga jam 10 malam tadI seramai lebih 8 juta atau kira² 36.8% warganegara berusia 18 tahun ke atas telah mendafar dengan Padu. 


Beliau sangat optimis menjelang tamat tarikh pendafaran 31 Mac pencapaian dijangka meningkat sehingga 50%. Dalam sehari kira-kira 350,000 hingga 400,000 yang mendaftar.


Diberitahu secara umum di Dewan Rakyat sekejap tadi, negeri negeri miskin seperti Kelantan, Sabah dan Sarawak paling ramai mendaftar diikuti negeri² dikuasai pembangkang Terengganu, Kedah dan Perlis.


Realiti ini katanya menunjukkan negeri pembangkang mempercayai usaha baik kerajaan Madani untuk membantu rakyat.


Menjawab pertanyaan seorang wakil pembangkang (Pas) kenapa negeri Kelantan teramai, Rafizi beri tahu antara faktor kerana pihak kerajaan menurunkan pembantu untuk mendaftarkan mereka memandangkan kemudahan internet dan pengetahuan IT di negeri itu kurang ketimbang negeri lain seperti Selangor dan Kuala Lumpur.


Ketika menjawab pertanyaan wakil pembangkang itu juga yang cuba hendak mempolitiknya Padu dengan membangkitkan perihal kerajaan Sarawak kononnya melarang rakyat negeri itu mendaftar dengan Padu, Rafizi minta wakil itu perbetulkan fakta yang diungkit itu.


Menurut Rafizi, kerajaan Serawak bukan melarang rakyatnya mendaftar dengan Padu, tetapi mereka mahukan hanya golongan yang benar-benar miskin sahaja diberikan keutamaan dahulu bukan dari semua golongan. 


Manakala kenapa orang bukan Melayu yang ramai mendaftar Padu, jelas Rafizi kerana mereka sebelum ini tidak ada dalam mana mana senarai atau data menerima subsidi sedangkan ramai dari kalangan mereka juga miskin. Trims.



No comments: