MAKLUM 5 HARI SEBELUM PERHIMPUNAN



Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Hussain mengesahkan penganjur perhimpunan aman tidak lagi perlu memohon permit penganjuran perhimpunan sebaliknya hanya perlu mengemukakan notis lima hari kepada polis.


Susulan pengumuman itu, beliau menjelaskan bahawa isu mengenai pihak polis mendesak penganjur memohon permit mungkin berlaku kekhilafan kerana segelintir ketua polis daerah sebut notis pemakluman ini sebagai permit.


No comments: