AHLI PARLIMEN DAN PENGEMBALA SERKAS YANG LEMAH


MSO


Ahli parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan pagi ini terselamat daripada digantung menghadiri sidang dewan selama 6 bulan apabila usul untuk menggantungnya ditarik balik. 


Usul bagi "mengnyahkan" wakil itu daripada persidangan kerana ulah buruknya, sepatutnya dikemukakan oleh Menteri Pembangunan Desa dan Wilayah Zahid Hamidi, namun ia ditarik balik disaat akhir. 


Zahid yang juga ahli parlimen Bagan Datuk menarik balik usul berkenaan apabila ditanya oleh Speaker setelah Wan Saiful yang diberi peluang untuk bercakap sebelum pembentangan usul memohon maaf kepada Perdana Menteri dan juga Yang diPertuan Agong ekoran ucapannya  yang menuduh Perdana Menteri sebagai korup dan membabitkan Yang diPertuan Agong.


Speaker Johari Abdul berkata, demi untuk negara beliau memberi peluang kepada Wan Saiful mengatakan sesuatu sebelum usul dibentang. Kesempatan itu diguna wakil Tasek Gelugor untuk memohon maaf. Disini menampakkan sudah ada kownting di antara Johari dengan Wan Saiful. 


Apa yang berlaku itu adalah baik dan demikian gambaran akan budibicara para ahli Yang Berhormat kita. Namun precedent yang ditunjukkan oleh Johari sebagai Speaker itu tidak menjamin bahawa parlimen kita berjalan lancar tanpa ada aksi-aksi dan fitnah daripada ahli dewan dimasa akan datang. 


Berbuat baik kepada mereka yang tidak tahu adat dan berterima kasih sama seperti menolong anjing terjempit. 


Satu segi Johari sebagai Speaker cuba menunjukkan dia seorang tegas dan profesional, tetapi sebaliknya apabila beberapa kali telah meralat keputusannya ia menunjukkan Johari lemah dalam mengendalikan mesyuarat dan menjamin ketertiban dalam parlimen. 


Sebelum ini beliau bukan main menyinga mengarahkan wakil Pendang agar keluar dewan selama empat hari, tetapi menarik balik arahan itu beberapa jam kemudian, apabila wakil Pendang meminta maaf setelah dicadangkan ketua pembangkang. 


Saya bimbang kalau demikian sikap Speaker yang berdolak dalih, mudah cair dan longlai, menyebabkan ia tidak dihormati dan sekaligus parlimen juga hilang rasa hormat oleh umum. 


Tindakan surung tarik Spekar itu menyebabkan parlimen kita hilang wibawa,  jadi semacam serkas, yang mana ahli parlimen umpama haiwan dan Spekaer adalah pengembala serkas yang lemah. Trims.