Beribu tahun dulu, Maharaja Rom mahu menyediakan bala tentera untuk berperang. Oleh kerana jumlah tenteranya besar, maka bekalan yang banyak perlu dibawa bersama.
Panglima tentera mengarahkan para tukang untuk menyediakan kereta kuda yang banyak untuk mengangkut bekalan ini.
Zaman itu tiada dokumen tender. Tiada jadual spesifikasi teknikal. Tukang dapat arahan, kena siapkan juga.
Untuk membuat kereta kuda dalam kuantiti yang besar, kerja perlu dibahagi-bahagikan. Peralatan kerja yang sama dikongsi guna oleh ramai pekerja. Ketua tukang kena hasilkan kereta kuda yang seragam.
Oleh kerana kereta kuda ini perlu membawa beban yang berat, maka ia perlu ditarik oleh sekurang-kurangnya dua ekor kuda. Maka, lebar kereta kuda ini perlu muat untuk saiz punggung dua ekor kuda.
Setelah disukat, ketua tukang menetapkan jarak antara tayar kereta kuda ialah 4 kaki 8 setengah inchi. Tiada siapa tahu nama orang yang memutuskan ukuran ini. Pun begitu, ukuran yang diputuskan itu menjadi legasi sehingga hari ini.
Apabila rel keretapi mula dibina, jarak lebarnya dibuat mengikut jarak lebar roda kereta kuda.
Sehingga hari ini, semua rel keretapi di dunia menggunakan ukuran lebar 4 kaki 8 setengah inchi.
Rasanya, sampai akhir dunia ini kelak, ukuran ini akan terus dikekalkan.