JIKA ADA MENTERI RASUAH. SILA LAPORKAN







 Jika benar ada anggota Jemaah Menteri yang terpalit dengan rasuah, mana-mana individu berkenaan boleh digugurkan daripada barisan Kabinet.


Saya singgung perkara itu ketika berucap merasmikan Sidang Kemuncak Anti-Rasuah Kebangsaan (NAC Summit) 2024 hari ini seraya diapit Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dan Pengerusi HRD Corp Datuk Abu Huraira Abu Yazid.


Sayugia, SPRM bebas menyiasat mana-mana pemimpin dalam kerajaaan dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya sebagai prakarsa menghapuskan ‘penyakit’ tersebut yang akan menjalar nescaya melemah longlaikan semangat bangsa di negara ini.


Saya tekankan, sesiapa sahaja yang terlibat dengan korupsi perlu diheret ke muka pengadilan hatta mereka tidak lagi berada dalam pemerintahan kerajaan.


#MalaysiaMADANI


No comments: