𝘑𝘪𝘬𝘢 𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳 𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢 𝘪𝘵𝘶 𝘣𝘶𝘵𝘢... 𝘉𝘶𝘵𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘮𝘢𝘵𝘢𝘬𝘶... 🎼


Cinta memang buta. Lebih tepat lagi, cinta buatkan 𝗺𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗯𝘂𝘁𝗮. Dan disebabkan butalah maka ramai yang 𝗱𝗶𝘁𝗶𝗽𝘂 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗿𝗲𝗹𝗮.


Benar kita muslim amat 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗶𝗻𝘁𝗮𝗶 𝗡𝗮𝗯𝗶 ﷺ. Atas rasa cinta itulah kita ingin sekali 𝗱𝗲𝗸𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮𝗻𝘆𝗮. Jika itu tak dapat, maka 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗺𝗽𝗶𝗿 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗴𝗶𝗻𝗱𝗮 pun sudah memadai.


Dan kerana itulah ramai yang diperbodohkan oleh 𝘀𝗮𝗻𝗴 𝗼𝗽𝗼𝗿𝘁𝘂𝗻𝗶𝘀 yang ambil kesempatan dengan 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗮𝗺𝗮 𝗡𝗮𝗯𝗶 ﷺ.


Sebelum ini, ramai yang diperbodohkan dengan 𝗰𝗮𝗽𝗮𝗹. Sampai ada yang 𝘀𝗲𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗵𝗮𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻 capal. Jatuh martabat manusia.


Sekarang ini dengan 𝙨𝙘𝙖𝙢𝙢𝙚𝙧 yang mengaku waris keturunan Nabi ﷺ. Mudah betul nak kena tipu. Tak reti nak periksa fakta langsung.


Lebih malang lagi, 𝘂𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗗𝗡𝗔 mengesahkan mamat tu jangan DNA Quraisy, 𝗗𝗡𝗔 𝗔𝗿𝗮𝗯 𝗽𝘂𝗻 𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮! Keturunan Nabi ﷺ apa begitu?


Betul kita mencintai Nabi ﷺ. Tapi kaedah untuk 𝗺𝗲𝗻𝘇𝗮𝗵𝗶𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗰𝗶𝗻𝘁𝗮 𝗶𝘁𝘂 bukan dengan memuja orang atau barang peninggalan Baginda.


Sebaliknya dengan 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝘁 serta beramal hanya dengan amalan yang Baginda ajarkan. 𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝘁𝗼𝗸𝗼𝗸-𝘁𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵.


Mujurlah wajah Nabi ﷺ 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗿𝗲𝗸𝗼𝗱𝗸𝗮𝗻. Jika tidak, mungkin hari ini sudah ada 𝗯𝗲𝗿𝗵𝗮𝗹𝗮 𝗡𝗮𝗯𝗶 ﷺ dan 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝘀𝗲𝗺𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂.


Alangkan 𝗿𝗲𝗽𝗹𝗶𝗸𝗮 𝗰𝗮𝗽𝗮𝗹 pun dimuliakan dan diletak atas kepala, 𝙨𝙘𝙖𝙢𝙢𝙚𝙧 𝗽𝘂𝗻 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴, inikan lagi kalau ada patung Nabi ﷺ. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments: