RAKYAT MALAYSIA BERTUAH DAPAT PM SEPERTI ANWAR




Tadi saya mengikuti program Madani Rakyat Zon Tengah yang berlangsung di Kuala Selangor. Seperti biasa antara slog yang disediakan dalam program itu, dialog rakyat dengan para pemimpin termasuk dengan Perdana Menteri sendiri. 


Inilah keistimewaan Anwar sebagai perdana menteri beliau akan turun sendiri, tidak mengelak untuk berjumpa dengan rakyat dan sedia bersemuka secara langsung, dimana saja.


Dalam dialog tadi saya tertarik dengan seorang hadirin yang bertanya dan juga mengemukakan cadangan kepada kerajaan. 


Ada empat perkara yang disebut penanya berkenaan, pertama menyentuh mengenai program Rahmah dimana baginya prgoram itu bukan program jangka panjang untuk mengatasi masalah kos sara hidup rakyat. Lantas beliau meminta agar kerajaan memikirkan program bersifat jangka panjang.


kedua, beliau merungut masih ada birokrasi dalam jabatan kerajaan, dimana sukar untuk berurusan pihak-pihak tertentu baik untuk mendapat maklumat atau pun menyampaikan maklumat. 


Ketiga, dia juga membangkitkan soal jumlah tol yang banyak dalam Kuala Lumpur. Akhirnya penanya itu yang yang mengakui seorang penyokong kerajaan Madani, ingin mengetahui apakah pelan kerajaan untuk membantu rakyat yang terkesan dengan pendemik Covid khususnya yang terpaksa menutup perniagaan. 


Kesemua persoalan penanya itu dijawab secara jujur oleh Anwar Ibrahim. Misalnya beliau mengakui bahawa program jualan Rahmah bukan penyelesaian jangka panjang dalam menangani kos sara hidup rakyat. 


Program itu adalah program sementara. Maka itu katanya, beliau mengharapkan input atau cadangan dari semua golongan untuk sama-sama membina ekonomi negara.  


Anwar sempat memberi contoh apa dirancangkan oleh Kementerian Pertanian, untuk mengSkekinchan penanaman padi di beberapa negeri lain adalah program lanjutan bagi mengatasi masalah kekurangan beras. Justeru kata Anwar, semua pihak perlu mengambil bahagian untuk lebih kreatif mengemukakan idea untuk negara.


Mengenai tol Anwar menjelaskan, apa yang ada kini ia mewarisi daripada kerajaan terdahulu, dan kewujudan tol itu terikat dengan perjanjian. Justeru untuk mengurangkan tol apa dapat dilakukan apabila keadaan ekonomi negara stabil. 


Apapun yang paling menarik saya disini, dan perlu diberikan penekanan, apa disinggungkan penanya berkenaan tentang sukarnya untuk berhubung dengan pegawai kerajaan, khasnya di agensi-agensi tertentu untuk mendapat maklumat atau pun ingin menyampaikan maklumat. Menurutnya sesetengah pihak ambil sikap  sambil lewa saja. 


Katanya kerena birokrasi cukup menebal dalam sesetengah agensai, yang mana sikap itu tidak begitu baik buat kerajaan.


Dia juga turut menyinggung rasa kesal kepada sesetengah sikap kaktangan kerajaan yang minum dan makan waktu berkerja. Budaya ini katanya sesuatu yang tidak baik. 


Anwar menolak tanggapan itu ujarnya bukan mencerminkan sikap pegawai kerajaan, mungkin ia segelintir sahaja tetapi tidak melambangkan sikap semua pegawai kerajaan. 


Sebaliknya menurut PM sudah ada peningkatan dari segi nilai perkhidmatan kakitangan kerajaan, hasil daripada tindakan atau penekanan kepada tatakelola yang dilakukan. Horas. Trims.