Sudah 8 jam ambo shared status ini, takde seorang pun pejuang pejuang enakmen syariah muncul untuk pertahankan enakmen syariah ini.
Ulasan ambo ialah:
1. Memang suami ada hak untuk menceraikan isterinya, namun sebagai seorang warganegara, suami hendaklah menghormati undang undang/enakmen yang dibuat oleh Kerajaan. Apabila enakmen syariah memperuntukkan tidak boleh cerai isteri tanpa kebenaran mahkamah, maka undang undang ini perlu dihormati, tentu kerajaan ada maslahahnya ketika mengkanunkan peruntukan ini. Suami/warganegara yang ego, tidak mahu menerima Dan menghormati enakmen syariah wajar dikenakan hukuman yang berat demi martabat dan kesucian enakmen tersebut.
2. Hukuman maksima bagi perceraian tanpa kebenaran mahkamah ialah rm1000. Keputusan Hakim mengenakan hukuman maksima mungkin pada pandangan Hakim pelaku bukan sahaja melanggar enakmen shariah, tetapi jelas tidak menghormati enakmen dan mahkamah shariah.
Hukuman dlm Islam ialah bagi tujuan "menta'dib" @ mendidik atau "mentakzib" @ mengazabkan pelaku.Sepatutnya pelaku dikenakan hukuman yang lebih berat kerana ternyata denda rm1000 tidak mengtakdib, apalagi mengtakzib pelaku.
3. Isteri yang berperangai spt do atas wajar diceraikan, tapi cerailah secara elok sebagaimana kamu mengambilnya secara elok. Jgn kerana kebencian kamu kepadanya menyebabkan kamu lupa segala kasih sayang yang pernah kamu bina sebelumnya.